Ahad, Mei 01, 2011

projek lama.


jom tinjau apa ada dalam beg jerut ni.biasanya saya letakkan projek-projek kecil di dalamnya.sebelum kursus,saya sudah asingkan projek-projek ini untuk diambil gambarnya.habis kursus,barulah sempurna hajat.........apa lagi terus masukkan dalam bloglah.



bakul telur ini rasanya sudahpun tiga tahun usianya.kalau nak tahu,saya kait sendiri untuk perkahwinan saya.bulan 8 ni genap 3 tahun perkahwinan saya.sejam nak siapkan satu ni.saya cuma sempat buat 50 buah aje,optimum wei.bagi untuk kawan-kawan terdekat je.kalau anda teringin nak buat bakul macam ni,nak banyak jumlahnya,saya nasihatkan bahagian bakul tu tak perlu kait penuh macam ni,cukup kait selang seli dc,ch.bakul ni warnanya sudah pudar sebab letak di dalam kereta untuk isi syiling.kiranya ada guna jugaklah.....



lama saya mencari kerongsang ni.dah lama tak guna.di belakangnya saya jahit pin guna benang sama warna.kalau boleh saya sebaik mungkin tak nak guna gam untuk lekatkan pin tu sebab saya lebih suka kalau projek yang saya hasilkan boleh tahan lama,kalau jual atau bagi kepada orang lain pun,nak boleh guna benda tu lama-lama



projek ini antara yang paling awal saya buat.ada dalam simpanan untuk rujukan.ni pun cuba-cuba buat,menjadi juga.

Tiada ulasan: