Cari Blog Ini

Isnin, Disember 19, 2011

Belajar buat felt.


salam semua.dah lama tak masukkan 'berita' kat sini.selalu je ke blog,tapi malas nak ambil gambar masukkan sini.apapun di tengah-tengah malam ni,saya rasa nak pamerkan projek terbaru (belum siap) saya.cepat-cepat ambil gambar dan nak masukkan di sini sebab bunganya (hijau) tu menjadi,seronok bukan main rasanya.bunga ros tu,kelopaknya besar,tak puas hati,lepas ni kena perbaiki.

baru ingat!petang semalam saya ke kedai mini kraf di jaya gading untuk beli benang kait dan butang baju baby yang saya kait.sempat bersembang dengan tuan kedai,katanya di atas terminal bas kuantan ada jual baju-baju kait untuk baby.apalagi sambil-sambil tunggu mak(ma) dan anak-anak sampai saya dan suami sempat tinjau-tinjau,cari kedai(booth) yang dimaksudkan.jumpalah akhirnya,seronok tengok hasil kaitan yang dijual.tengok aje,tapi saya tak beli apa-apa.harga jualan pada saya amat berpatutan.baju baby girl yang baru lahir (agak-agak) tak salah rm18,booties/kasut dan beanie/topi rm 25.kasut dan topi tu dijual sepasang.jadi kalau ada sesiapa yang datang ke kuantan,bolehlah ke kedai tu.hand phone case pun ada,beg.selain tu juga,tempahan diterima.

tu jelah kot untuk kali ni,selamat mengait semua atau pun selamat berkraf semuanya,jangan tangan jadi keras udah le.okey,bye........






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm, nk tnye, kedai benang kait kat kuantan kat mana ye? Jaya gading belah mana ye?
Jzk.
^^

raktamrittika berkata...

waalaikummussalam.
maaf,lambat tengok blog,sibuk.di jaya gading tu kalau jumpa balai polis,depan balai polis tu ada kedai makan panjang sederet,belakang kedai makan tu ada kedai jual benang kait,namanya mini kraf.kalau di taman tas plak kedai mengadap jejantas jalan ke kuantan dekat shell,nama kedai perniagaan bintang.di kuantan plak bawah sekali bangunan courts mammoth.harap boleh membantu.

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...