Selasa, Ogos 09, 2011

belum siap lagi

assalamualaikum dan selamat petang semua.
nak tunggu siap tak tahu bila.jadi fikir-fikir nak kongsikan juga projek saya ni walaupun tak siap.tengah berusaha untuk siapkannya.

dress baby ni dah lama saya kait,cuma tak sempat siapkan.tengok-tengok tadi,rasanya yang pink tu mungkin dah tersalah kait.jadi,kena betulkan semulalah.kaitan untuk kedua-dua dress ni adalah berbeza untuk skirtnya.bahagian atas tu sama je. kalau nak tengok yang dah siap kat sini http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/booties.html



dan yang ni mesti pelik tengok warnanyakan.sebenarnya ini tempahan suami aya,kawan saya.suaminya tentera,kor JLJ.warna ni adalah warna logo JLJ.saya kehabisan stok benang kuning,sikit lagi nak siapnya.nak beli di PD,tak berbaloi pergi semata-mata untuk tu aje.kalau kebetulan ada hal lain,baru saya pergi.lepas siap kuning ni,macam yang sebelum-sebelum ni,saya akan buat kaitan ch han akan buatkan renda menggunakan benang biru tulah.dan macam yang merah bawah tu,benang biru akan saya sudahkan dengan benang putih.tu aya yang nak sebab dia kata nampak lain macam je kombinasi warna tu.




itu sajalah untuk kali ini,jumpa lagi.