Ahad, Oktober 30, 2011

assalamualaikum,salam sejahtera semua.

sudah lama nak kongsikan gambar ni,namun apakan daya sibuk sangat uruskan perpindahan saya dan keluarga.projek-projek ini pun sempat saya buatkan walau pun sibuk,tapi,boleh dikatakan semuanya saya buat di kem.


kotak pensil.
cuba-cuba buat sebenarnya,jadi pulak.untuk kotak pensil,ini yang pertama saya buat,saya dah siap guna dah.walau bagaimanapun,biasalah,bila pertama kali buat,ada silapnya dan kaitan seterusnya saya dah pun berikan penambahbaikan.cuma belum cantum lagi.ada sedang menunggu.nak tengok lagi jom tengok http//raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/macam-macam-ada.html


saya beri kepada intan

sebenarnya,inilah hasil kaitan pertama saya menggunakan kombinasi dua benang ni.perlu kemahiran juga untuk kendalikan benang tu.biasanya,projek pertama yang saya hasilkan saya akan simpan,tapi yang ni saya beri kepada kawan sebilik saya di kem,intan namanya.tengok lagi di http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/sarung-telefon.html


tempahan yati untuk perkahwinannya


yang ni dah lama siap,cuma belum poskan kepada tuannya lagi.dah sibuk berpindah.yati akan kahwin hujung bulan ni.jom tengok sini http//raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/sarung-kotak-tisu.html