Khamis, Disember 22, 2011

Bila sudah bosan

Assalamualaikum.
cuti sebulan di rumah,memerap di rumah je,habis benang-benang saya kerjakan.ada lagi yang saya tak masukkan.oklah, jom kita intai-intai...........

Dress untuk anak saudara baru


dress ni ada ton warna.benang jenama dan no warna sama,tapi berbeza.di sini ton tak nampak.nak tengok klik sini

Sarung telefon bimbit


yang ni dah lama saya kait.banyak dalam simpanan,cima butangnya terhad,di kuantan tak ade.di Perak baulah ada.yang ada dalam simpanan saya warna ungu,oren,hijau,tapi tak sampai seru nak masukkan kat sini sebab tak berbutang.jom tengok sini


Felt


rasanya yang atas dan yang tengah tu anda selalu tengok,tapi yang bawah tu mungkin tak pernah tengok,jadi mari sama-sama kita skodeng



Isnin, Disember 19, 2011

Belajar buat felt.


salam semua.dah lama tak masukkan 'berita' kat sini.selalu je ke blog,tapi malas nak ambil gambar masukkan sini.apapun di tengah-tengah malam ni,saya rasa nak pamerkan projek terbaru (belum siap) saya.cepat-cepat ambil gambar dan nak masukkan di sini sebab bunganya (hijau) tu menjadi,seronok bukan main rasanya.bunga ros tu,kelopaknya besar,tak puas hati,lepas ni kena perbaiki.

baru ingat!petang semalam saya ke kedai mini kraf di jaya gading untuk beli benang kait dan butang baju baby yang saya kait.sempat bersembang dengan tuan kedai,katanya di atas terminal bas kuantan ada jual baju-baju kait untuk baby.apalagi sambil-sambil tunggu mak(ma) dan anak-anak sampai saya dan suami sempat tinjau-tinjau,cari kedai(booth) yang dimaksudkan.jumpalah akhirnya,seronok tengok hasil kaitan yang dijual.tengok aje,tapi saya tak beli apa-apa.harga jualan pada saya amat berpatutan.baju baby girl yang baru lahir (agak-agak) tak salah rm18,booties/kasut dan beanie/topi rm 25.kasut dan topi tu dijual sepasang.jadi kalau ada sesiapa yang datang ke kuantan,bolehlah ke kedai tu.hand phone case pun ada,beg.selain tu juga,tempahan diterima.

tu jelah kot untuk kali ni,selamat mengait semua atau pun selamat berkraf semuanya,jangan tangan jadi keras udah le.okey,bye........