Isnin, Disember 03, 2012

Video

Assalamualaikum.

Lama saya menyepi kerana kesibukan. Bukan tak ada benda untuk dikongsi, tapi sibuk.Dalam tempoh sebulan saya dah pergi ke 2 kursus di Kuala Nerang dan Pulau Langkawi. Balik daripada kursus pula, perlu buat persiapan untuk penutup latihan budak-budak.Mula jumaat lepas,bos bagi cuti 4 hari. Masa yang ada inilah saya godek-godek blog,youtube. Esok akan mula kerja. Kerja perlu dihabiskan untuk dapatkan ISO. Lepas tu,kena kursus balik di Temerloh daripada 8-15/12/2012.Cuti banyak lagi tu........tak sempat dah nak cuti-cuti Malaysia. 

Baiklah, itu bukan topik utama saya di sini. Yang utamanya adalah, saya telah memuatnaik dua video yang saya hasilkan ke youtube.Video tu sebenarnya sudah lama saya rakam, tapi nak terbitkan banyak yang perlu saya tahu bermula dengan movie maker,nak muatnaik pun sampai berhari-hari sebab lambat sangat prosesnya. Awal-awal saya rekod video tu pun banyak cabarannya. Laptop lama, kamera asing, kamera pu klip dah tercabut tentu tak boleh nak klip. Fuuuhhhhh,macam-macam

Banyak celoteh pulak ya?? bagi anda yang ingin melihat video saya,klik sini. Harap ianya membantu. Dan saya juga perlu beri penambahbaikan untuk video saya.

Khamis, Oktober 25, 2012

Bekas Telur Kait




Assalamualaikum semua.
Beberapa hari lepas saya kait bekas telur ini. Tengok di sini

Isnin, Oktober 01, 2012

Baru Kait.


Assalamualaikum,salam sejahtera,salam satu Malaysia.
Rasanya dah sebulan saya tak buat post.Benda ada,tapi kekangan masa menyekat saya untuk lepak lama-lama di blog ni.
Walau pun sibuk,jari-jemari saya tetap jugak bertemankan jarum kait dan benang.Jom kita tinjau 


nak tengok kopiah ni tengok sini



dan booties dengan headband ni pula mari ramai-ramai singgah sini

Rabu, September 05, 2012

Lepas Dah Penyakit Malas

Assalamualaikum.
lama saya tak post perkembanganbaru kait mengait ni.hari ni setelah lebih sebulan,barulah rasa rajin nak buat post,tu pun sebab esok mula kerja semula.


ni bekas telur kait,nak tengok sini


ni pulak sarung kotak tisu,tengok sini pulak

Jumaat, Ogos 03, 2012

Tempahan Baru

Assalamualaikum.
Jom tengok apa yang ada untuk kali ni


 nak tengok yang ni klik kat sini


dan sarung kotak tisu ni pula,tengok di sini

Khamis, Julai 26, 2012

Selasa, Julai 17, 2012

SUKMA XV PAHANG

Assalamualaikum semua.
sebagaimana yang dijanjikan,walau pun agak lewat.Jadi di sini saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua.Di stadium ni,saya difahamkan yang membuat persembahan pembukaan ada 2000 lebih peserta. Dan pada saya,saya amat berbangga kerana saya salah seorang daripada angka itu.Jadi,mari kita tengok gambar


ini adalah segmen 1.penglibatan murid-murid sekolah dan uitm. Yang paling hampir tu adalah pasukan gendang. 



pengarah persembahan ni adalah Rosli Selasih,sebelah pentas bulat tu,baju merah.

kedudukan saya dan pelatih kem di sebelah kiri gambar.dan di depan, paling kanan adalah tempat saya.tapi, dalam gambar ni, saya tak beraksi sebab kaki kejang.


saya dan kawan-kawan. ramai-ramai ni 2 orang je yang 'melompat' atas padang, saya dan yang disebelah kanan saya.




saya yang ambil gambar ni,cuba tengok di sebelah kanan gajah, ada 2 orang je pelatih. sepatutnya 4 orang termasuk saya, dan seorang lagi pelatih mc. kat sini kami berempat akan angkat seorang pelatih. masa ambil gambar ni,tersentuh hati tengok budak berdua tu sebab kaki saya kejang.


gambar ni petang 7.7.2012.tulah costume kami.t-shirt biru


tengok muka saya,gelap sakan sebab lama berjemur.saya ni jenis yang tak suka nak tutup-tutup.orang lain kepala,muka tutup semua.saya selamba je. pakai topi, berlari, topi jatuh.sudahnya golaplah.

sebenarnya dah 3 hari saya usahakan untuk post ni dan nak masukkan video pembukaan SUKMA,tapi tak dapat.kalau dapat nanti saya masukkan semula.

setelah berusaha inilah video SUKMA XV 12










Rabu, Jun 27, 2012

berita terbaru saya

assalamualaikum semua.
hari ni baru selesai pilot project.dan kira-kira 3 minggu nilah saya tak boleh melayan kerja mengait.tentu anda tak percaya,saya akan membuat persembahan pembukaan SUKMA bersama-sama pelatih PLKN.sakit,lenguh semua badan,jalan pun terkangkang-kangkang.tapi seronok sangat.esok kami akan menjalani latihan di stadium.

sebenarnya saya kena menghadiri mesyuarat di hq JLkn.saya dah buat keputusan untuk menyertai SUKMA.saya nak menyumbang dalam bentuk lain pula.nantikan saya di kaca tv anda.giiiituuuuu. 

insya Allah,saya akan masukkan gambar nanti.

Khamis, Mei 31, 2012

Rajin Pulak Hari Ni...........

Assalamualaikum semua,salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Hari ni tak tahu kenapa terajin sangat geledah benang-benang sampaikan suami saya kata "rajinnyo ngube".Dah sepah dalam bilik,saya tarik ke ruang tamu pulak.Rasanya sebab bosan,anak-anak dan ma balik ke kampung.Saya dan suami sahaja di rumah.Tapi dia kerjalah.Lepas kemas rumah,masak saya pun mulalah 'ngube'.

Dulu,semasa di Port Dickson saya pernah tanyakan tuan kedai (GAYA) tempat saya cari benang dan alatan menjahit kalau-kalau saya boleh dapatkan sampel benang dari pembekal yang selalu kita rujuk bila nak beli benang.Saya dimaklumkan sampel tu cuma satu sahaja,untuk tuan kedai.Saya memang nakkan benda tu untuk rujukan saya.Bila tak dapat,carilah idea untuk buat sendiri sampel tu.Haaa,tengok gambar bawah ni.Yang saya kira tadi ada dalam 50 lebih warna benang daripada jenama nona,minlon,ondori dan wina.Alhamdulillah,ianya membantu saya.Kalau saya ada beli benang warna baru,saya gunting sikit dan letakkan di sini.Dalam berkemas tu,ada lagi rupanya yang saya tak letak di sini. 


Tak sangka betul.kemas punya kemas,sudahnya benang yang ada dalam simpanan saya yang masih belum guna ada kira-kira 100 buku.Dalam kotak ni ada 48 buku,jenama nona dan wina


Dalam kotak ni pula ada 35 buku.itu belum masuk yang suami saya baru beli tadi dan yang saya kait bekas telur untuk perkahwinan adik saya.Rasanya kalau dikira,lebih daripada 100 buku.Benang kait halus pony pun ada jugak.Yang lebihan selepas mengait pun satu plastik besar jugak.Macam tak percaya pulak.Bawah ni benang jenama minlon dan ondori.Rasanya sekarang ni,benang jenama minlon dan ondori susah dah nak jumpa,rugilah kalau dah mula mengait benang nak  sambungnya tak ada.


Hari ni sahaja saya berpeluang fokus hobi saya ni.esok,walaupun saya cuti,tapi saya kena bersedia untuk kerja memandangkan kem saya akan melaksanakan pilot project untuk Modul Kenegaraan.Saya dilantik jadi penyelaras.Pilot project ni cuma dilaksanakan di 14 buah kem sahaja.Ianya bertujuan memperkenalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang baru.Harap-harap berjayalah nanti.Insya Allah. 

Itulah sahaja dari saya,jumpa lagi............




Tengahari Tadi Pos


klik kat halaman ini kalau nak tahu lebih lanjut lagi.

Jumaat, April 27, 2012

alhamdulillah

Assalamualaikum,salam sejahtera.
Semalam baru habis kursus di Kuala Kangsar.Seronok berkursus bersama kawan-kawan fasilitator dan peserta-peserta.Jom tengok gambar saya bersama kawan-kawan dan peserta kursus.Saya duduk paling kiri.Tengok gambar ni,macam bertambah bulat la pulak..................




Berita paling seronok adalah saya akan melapor bekerja di Kem PLKN Semuji,Gambang,Kuantan.jadi tak perlu ulang-alik ke Perak lagi.Syukur alhamdulillah.Boleh gak fokus kait mengait ni.

Rabu, April 18, 2012

Ahad, April 01, 2012

Tempahan Rakan Facebook

Assalamualaikum semua.

Lama dah tak muatkan post kat sini.leka di facebook pula.Projek dalam tiga gambar di bawah ni saya siapkan dalam tempoh seminggu.Seminggu di rumah mengait bercampur dengan tugas lain.Dan esok saya akan berkursus 2-6/4/2012 di Temerloh.Jadi masa sebelum kursus saya siapkan projek-projek ini. 



tengok beg ni kat sini


dan tengok bunga ni di sini


set baby pula sini kita tengok

Khamis, Mac 01, 2012

Jom kait bekas telur




kalau anda bercadang nak kait bekas telur untuk majlis perkahwinan,kat sini ada corak yang baru saya reka.jom singgah.




Rabu, Februari 29, 2012

Kain pasang

berminat?bolehlah ke  sini untuk dapatkan maklumat lanjut.banyak pilihan untuk anda yang sentiasa ingin tampil cantik dan anggun.semua kain yang dijual adalah yang terbaru di pasaran.


Sweet Sandals


suka tak?mana satu pilihan hati. kalau suka.mari tengok sini.tak rugi klik,banyak lagi pilihan.
















Rindu pada blog

Jom tengok apa terbaru.......

Genap sebulan saya tak balik ke rumah,maknanya sebulan jugalah blog ni tak bertuan.sesekali jenguk sekejap,tumpang  note book kawan.rumah makin jauh,tak boleh selalu balik.saya balik pun untungnya sebab semua modul untuk multiskill terutamanya pengajaran di kelas sudah habis.lega rasanya,jadi mohonlah cuti seminggu.balik ke rumah pun kesihatan tak baik,demam selsema.memang kalau selsema rasanya macam nak pengsan.dahlah nak menapak ke pudu,pekeliling.adussss.

lama tak balikadalah benda yang nak dikongsi,di bawah ni adalah beberapa projek baru dan lama yang saya berjaya siapkan.jom tengok...............

  klik sini



bakul telur,testing buat.untuk perkahwinan adik pompuan bongsu.nak tau,tengok kat sini


baju farisha dah siap,jom klik



sampai sini je,tak berganjak.tengok sini

selalulah jenguk blog saya ni,harap-harap beroleh idea.
jumpa lagi.

Isnin, Januari 23, 2012

Sabtu, Januari 07, 2012

Cantik semuanya,jom kita beli.

Kali ni,lain macam sikit post saya.saya jumpa kawan sekolah di fb dan dia menjual kain pasang.di sini adalah sebahagian daripada kain yang dijual.saya ada beritahu dia nak tolong promosi kain-kain dia tu.jadi kepada sesiapa yang berkenan bolehlah ke blog kawan saya tu.semua maklumat untuk berhubung dengan dia ada di blognya.gambar di blog tu adalah sebahagian kain-kain yang dijual,katanya ada lagi gambar kain yang belum dimasukkan ke blog tu.




























suka tak???saya pun berkenan jugak.lepas ni mungkin saya nak beli jugak.yang ada di rumah pun tak terjahit,mesin jahit buat hal.waaaaaaaaaa............


Jumaat, Januari 06, 2012

Lama tak berkongsi



Assalamualaikum.
Rasanya agak lama saya tak buat post.termenung tak tahu nak buat ape,masukkan dua gambar di sini.jomlah jenguk.harap-harap jenguk-jenguk dapat juga idea.