Cari Blog Ini

sarung kotak tisu.

Sarung Kotak Tisu Kaitan Basket Weave


Bosan memerap di rumah, cari benang, jarum , tulah hasilnya. Asalnya nak guna satu warna je, tapi macam tak menarik je, sebab tulah pengikat di hujung tu saya letakkan warna lain. Jenis kaitan ni saya belajar di youtube. Boleh klik  sini untuk belajar kaitan ni.

Tempahan Hamidah




Dah lama saya buat yang ni.tapi,penyakit malas datang. malas nak masukkan gambar di sini. Sarung kotak tisu ni ada sejarah tersendiri.saya kait masa perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik.Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan.Tv nak tengok,yang ni pun nak kait,jadi tak fokuslah.2 hari juga siapkan projek ni.Orang yang memenpahnya di Tapah, Perak. masa mula-mula dia beritahu nak warna merah, hitam saya rasa pelik, tapi dah siap, cantik hasilnya. .

Tempahan Kakak Dan Kak Linda.



Kedua-dua sarung kotak tisu ni sebenarnya dah lama ditempah, lebih kurang masa saya sibuk dengan SUKMA tempoh hari. Dan baru semalam dipos. Masa saya edit page ni, kakak saya (Kak Gie)yang tinggal di Seksyen 17, Shah Alam hantar sms beritahu bungkusan poslaju dah sampai. Cantik katanya.huhu.Sarung kotak tisu dia tu yang pink paling atas. Ikutkan warna pink ni memang ramai yang dah tempah dengan saya tapi yang sedihnya, tak banyak dijual dah jenama ondori ni.

Raya 2013 saya tengok sarung kotak tisu Kak Gie dalam keretanya.

Gambar kedua tu kawan saya masa awal-awal kerja dulu yang tempah.Dia dah jadi cikgu,saya kekal dengan PLKN.Rasanya dah sampai pada tangan tuannya,Kak Linda.Tadi saya semak di website poslaju dah sampai di Bahau, dia di Sek.Keb.Serting. Warna hitam, maroon. Tapi dalam gambar ni, tak nampak sangat maroon tu.



Tempahan Atiqah




hari ini pelatih-pelatih balik ke rumah sebab cuti semester bermula.saya diberi kebenaran untuk balik lebih awal.dan saya pesan siap-siap pada suami bawakan flyer poslaju untuk dipos.saya siapkan sarung kotak tisu ni malam tadi.pukul 12 lebih baru siap.nasib baik benang ada dalam stok,kalau tak susah nak mencarinya.harap tuannya seronok bila dah dapat nanti.yang terbaru daripada saya pula,saya tengah siapkan dua projek menggunakan kaitan crocodile stitch.seronok juga kaitan ni.nanti dah siap,saya masukkan kat sini.

Tempahan Kawan Facebook






Pening juga nak siapkan dua benda ni.pening sebab lama tak buat,walaupun dah ada catatan,tapi teragak-agak juga.Dua-dua sarung kotak tisu ni asalnya saya dah siap kait,tapi salahlah pula buat tapaknya.jadi buka balik kaitannya dan kait semula.tak puas hati kalau tak cantik.gambar kedua tu kaburlah pulak.merahnya sama dengan yang atas tu.Jadi oren plak.Gambar ketiga tulah baru betul-betul warnanya,kabur jugak.........Rasanya kawan saya ni suka sangat warna merah.

Esok saya nak fokus pada baju kurung yang terbengkalai.lama tak jahit baju baru.dah pandai.malaslah pulak.nak hantar kedai membazir pulak rasanya.Jahit baju baru sebab nak kursus,asyik pakai baju sama je.


Rekaan Baru Saya







3 minggu saya di kem setelah bercuti lama pindah rumah. Tak tahu nak buat ape, carilah benang dan jarum kait. Ahamdulillah, berjaya siapkan design baru untuk sarung kotak tisu. Saya masih tercari-cari untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Gambar yang belum letak bunga tu, baru saya siap kait tadi. Penuh bertanda dengan benang sebab nak pastikan kedudukan dan kiraan betul. Susah jugak oooiii nak buat biar jadi cantik. Tapi, yang dalam gambar ni pada saya sudah cantik, cuma saya ni lambat nak puas hati benda-benda macam ni. Kalau terlebih atau terkurang satu kaitan pun saya tak suka, kaji jugak nak bagi cantik.

Rasanya lepas ni saya nak sediakan satu page untuk promosi, jual hasil kerja tangan saya. Tungguuuu........ Dalam gambar ni, bunga warna oren tu untuk simpanan saya, biasalah,yang pertama saya kait saya simpan. Saya buat banyak sebab nak berlatih buat bahagian atas tu,susah sikit. Suami dah tegur,kait banyak-banyak dah ada orang tempah ke?? Macam tak tahu pula suami pun bini dia gila mengait. Plan asal saya nak kait banyak-banyak, lepas tu baru jual.


baru je siap



esok saya akan berangkat ke Perak.jadi saya siapkan sarung kotak tisu ni.sebelum ni saya pernah buatkan satu sama macam ni untuk suami Aya.bila si Azie tengok yang Aya punya,dia pun nak jugak,untuk suami dia sebab suami dia pun tentera kor JLJ.

kotak tisu dalam tu tingginya lebih daripada biasa.saya simpan dalam kotak barang-barang kait kononnya nak buat rujukan kalau-kalau nak buat saiz tinggi.selalunya anak saya, Farisha siap buat koleksi kotak tisu, buat main jadikan kereta.Tapi bila dah pindah ni, semua dah buang masa di PD. Saya siapkan benda ni sebab minggu depan keputusan UPSR keluar, jadi kalau-kalau keluarga saya ke sana, bolehlah diserahkan kepada Azie. Saya tak balik ke Kuantan minggu depan sebab dah lama sangat cuti.kalau balik pun bila pelatih tamat latihan nanti pada 2.12.2011. 


Sarung Kotak Tisu KPA




Siap jugak akhirnya.saya belum poskan lagi, alamat dah dapat, cuma susah nak dapatkan plastik untuk poslaju sebab di pejabat pos berdekatan rumah tak ada perkhidmatan tu, di Kuantan baru ada.Di tempat baru maklumlah, tak biasa. Lagipun suami saya bukan senang-senang boleh keluar, maklum sajalah baru melapor. Hari minggu tentu tutup pejabat pos.

Tempahan Yati Untuk Hari Perkahwinannya



Sebelum ni saya pernah buatkan tempahan untuk kawan saya, namanya Ani. tapi tak dapat dihubungi. Kebetulan masa kursus saya bawa siap-siap sarung kotak tisu tu manalah tahu kalau-kalau Ani atau suaminya ada kursus sama-sama. Tapi, sudahnya saya serahkannya kepada Yati sebab Yati sama kem dengan suami Ani. Dari situlah Yati menempah, sama macam yang Ani punya. Tapi yang dalam gambar ini, Yati punyalah.tikar tu intan punya,di bilik kem. Bukan apa, tikar tu sama dengan tikar di rumah.


Warna Kor JLJ



Inilah warna kor JLJ, merah, biru dan kuning. Tempahan ini daripada suami kawan saya, harap-harap sukalah nanti suaminya tu.agak mencabar juga siapkannya kerana saya menggunakan benang jenama wina,agak kasar sikit.alang-alang dah warnanya ada. Jadi, untuk makluman semua pengait-pengait di luar sana, benang wina ni pada saya kasar jika dibandingkan dengan benang jenama minlon, nona dan ondori. Kalau guna benang wina ni,saiz kaitan akan jadi lebih besar. Mengait punsampaikan sakit jari. Tapi terpulang kpada individulah. Yang seronoknya, bahagian yang berwarna kuning tu senang je tegak.Tak perlu nak bentukkan bagi tegak lebih-lebih sebabnya sifat benang tu sendiri yang kasar.






sarung kotak tisu ni adalah tempahan kawan saya,fizai namanya.siap tengah malam dah,pukul 12 lebih.harap-harap tuannya suka bila tengok nanti.




tempahan aya.masa kursus pun sempat kait.kalau tak lambatlah siapnya.kalau lambat risau orang tertunggu-tunggu je.



bosan tak tahu nak buat apa bila hujung minggu.sudahnya,itulah hasilnya.ikutkan idea dah lama ada dalam kepala.kali ni,barulah keluarkan idea tu.puas hati menjadi.untuk bahagian atasnya tu macam-macam kaedah saya guna.akhirnya kaedah yang kelima baru menjadi.fuhhh................penat rasanya.


bahagian bawahnya dikait ladi dua bahagian yang berbentuk L,bila cantumkan,jadilah 4 segi.masa kait dua bahagian ni,mesti hati-hati takut-takut tersalah bilangan petaknya.saya tetap menggunakan formula 14x24 petak,seperti yang saya buat sebelum ini.tengok sini untuk dapatkan info lebih.sekiranya anda nak guna kaedah ini,saya sarankan tambahkan 1 lagi petak,dalam gambar saya ni,saya buat 2 petak,maklumlah cuba-cuba.............dua petak kaitannya kurang 'grip',nampak tak cantik.jadi buatlah 3 petak untuk keempat-empat penjuru tu.



ada ke agak-agak bunga warna hitam???heeee.janji kreatif jelah.saya suka kombinasi dua warna tu.kalau anda perhatikan,bahagian kanan bawah,dekat degan petak kosong 3 tu,boleh nampak kaitan ch yang memulakan satu-satu langkah.kalau nak lagi kreatif,boleh juga tambahkan corak daun sama ada kait dan jahit,atau pun boleh buat daun sulaman benang macam di sini .walaupun gambarnya tak berapa terang,tapi tahulah idea tambahan untuk naikkan lagi seri  sarung kotak tisu ni.




sarung kotak tisu ni yang pertama saya buat.yang pink tu kerja tangan saya,yang peach tu pula,mak mertua saya yang buat.dia belajar dari jiran,dan saya pulak belajar daripada dia.yag saya buat warna pinknya tu dua sebab stok penang pink yang pertama habis di kedai.jadi nak tak nak belilah warna yang lebih kurang.

yang peach tu dah pudar sebab jadi hiasan belakang kereta.tak boleh terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama.




sarung kotak tisu ni adalah tempahan zila.dia nak warna merah,hitam,jadi.....tulah dia.penat jugak memikirkan  coraknya.bukan senang,apatah lagi kalau ianya yang pertama dibuat.dua-dua sarung kotak tisu ni yang pertama saya buat.yang susah nak buatnya sebab tempat tisu keluar di bahagian tepi,bukannya tengah.kalau yang sebelah kiri tu tempat keluar tisu saya buat di bahagian bawah dan tengah.bahagian tengah tu boleh keluar tisu,tapi kena tarik ke tengahlah,tak pe,janji sekali tarik,yang bawah-bawah akan ikut,kan tisu tu lipatan dalam kotaknya macam bersambung.yang sebelah kanan tu tempat tarik tisu di bahagian atas.

9 ulasan:

raktamrittika berkata...

salam.
ingin bertanyakan pendapat semua,kalau anda yang menyiapkan sarung kotak tisu macam gambar paling atas pink dan biru tu,berapa ringgit yang akan anda jual?

setakat ni saya jual dengan harga yang murah,dan kawan-kawan kata tak berbaloi,boleh up lagilah maksud mereka.

untuk sarung kotak tisu dua di atas tu menggunakan 3 buku benang 40g dan masa untuk membuatnya kira-kira 6-7 jam setiap satu bergantung kepada jenis kaitan.

terima kasih di atas cadangan dan sokongan anda.

Tanpa Nama berkata...

nk tny mcm mne yer nk buat u tapak tisu t pink tu?sy nk try buat y tu tp xtau cmner nk kait u tapal bwh tu.tolong yer...hihi

Unknown berkata...

nk tny mcm mne yer nk buat u tapak tisu t pink tu?sy nk try buat y tu tp xtau cmner nk kait u tapal bwh tu.tolong yer...hihi

Unknown berkata...

sy nk tny cmner nk buat u tapak tisu y bawah yer

raktamrittika berkata...

salam.

puan,pink yang kembang2 tu ye?nasib baik dah ada dlm blog,puan tengok di sini http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/tutorialtips-kaitan.html
senang je.asalnya saya cuba2,akhirnya jadi.
selamat mencuba nnti dah siap nak tengok juga ya.

Tanpa Nama berkata...

salam akak... ada buat sulam untuk botol air x? maksud saya beg botol air..

Tanpa Nama berkata...

salam akak..ada buat bekas sulam botol air tak?

raktamrittika berkata...

waalaikummussalam.bekas botol air kait ke? yang akak pernah buat ada di blog ni, kalau nak jenis lain kena buat perincian tu.

dalilayusof berkata...

Cantiknya ..saya baru terkial-kial nak mengait kotak tisu

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...