Khamis, Mei 31, 2012

Rajin Pulak Hari Ni...........

Assalamualaikum semua,salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Hari ni tak tahu kenapa terajin sangat geledah benang-benang sampaikan suami saya kata "rajinnyo ngube".Dah sepah dalam bilik,saya tarik ke ruang tamu pulak.Rasanya sebab bosan,anak-anak dan ma balik ke kampung.Saya dan suami sahaja di rumah.Tapi dia kerjalah.Lepas kemas rumah,masak saya pun mulalah 'ngube'.

Dulu,semasa di Port Dickson saya pernah tanyakan tuan kedai (GAYA) tempat saya cari benang dan alatan menjahit kalau-kalau saya boleh dapatkan sampel benang dari pembekal yang selalu kita rujuk bila nak beli benang.Saya dimaklumkan sampel tu cuma satu sahaja,untuk tuan kedai.Saya memang nakkan benda tu untuk rujukan saya.Bila tak dapat,carilah idea untuk buat sendiri sampel tu.Haaa,tengok gambar bawah ni.Yang saya kira tadi ada dalam 50 lebih warna benang daripada jenama nona,minlon,ondori dan wina.Alhamdulillah,ianya membantu saya.Kalau saya ada beli benang warna baru,saya gunting sikit dan letakkan di sini.Dalam berkemas tu,ada lagi rupanya yang saya tak letak di sini. 


Tak sangka betul.kemas punya kemas,sudahnya benang yang ada dalam simpanan saya yang masih belum guna ada kira-kira 100 buku.Dalam kotak ni ada 48 buku,jenama nona dan wina


Dalam kotak ni pula ada 35 buku.itu belum masuk yang suami saya baru beli tadi dan yang saya kait bekas telur untuk perkahwinan adik saya.Rasanya kalau dikira,lebih daripada 100 buku.Benang kait halus pony pun ada jugak.Yang lebihan selepas mengait pun satu plastik besar jugak.Macam tak percaya pulak.Bawah ni benang jenama minlon dan ondori.Rasanya sekarang ni,benang jenama minlon dan ondori susah dah nak jumpa,rugilah kalau dah mula mengait benang nak  sambungnya tak ada.


Hari ni sahaja saya berpeluang fokus hobi saya ni.esok,walaupun saya cuti,tapi saya kena bersedia untuk kerja memandangkan kem saya akan melaksanakan pilot project untuk Modul Kenegaraan.Saya dilantik jadi penyelaras.Pilot project ni cuma dilaksanakan di 14 buah kem sahaja.Ianya bertujuan memperkenalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang baru.Harap-harap berjayalah nanti.Insya Allah. 

Itulah sahaja dari saya,jumpa lagi............




2 ulasan:

Aiza berkata...

Salam Raktamrittika... :D
Saya nak jemput dtg melawat blog saya, sbb saya ada tag akak dlm post My Mom's Best 1st Giveaway. Jemput datang n join the GA ye :)

raktamrittika berkata...

salam aiza.
akak teramat sibuk.lepas SUKMA sampai hari ni lutut,kaki lenguh2.lgpn kerja sibuk sangat.lain kali akak join tau.