assalamualaikum.............
hehe.sempat juga berblog ni.kebetulan kawan sebilik ada bb.apo laie.............peluang...........masa kursus ni,saya sempat kaitkan sarung kotak tisu untuk fizai.yang dah siap tu tersalah warna,dia nak hitam pink.tak sampai hati plak nak bagi yang pink putih tu walaupun dia tak kisah.stok benang pink pun habis.jawabnya di rumahlah juga siapnya.
kepada yang berkunjung.........terima kasih diucapkan.
jumpa lagi.
Saya suka mengait,menyulam,menjahit dan banyak lagi asalkan ia kraf,kreatif.Jadi,blog ini adalah khazanah ilham untuk saya mengumpulkan hasil kerja tangan saya.Seronok bila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.Kepada yang berminat,teruskan mengunjungi blog ini untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan sebagainya.Diharapkan dengan adanya blog ini seni crochet/krusye ini akan melangkah setapak ke hadapan.In sha Allah.
Cari Blog Ini
Jumaat, Mei 06, 2011
Isnin, Mei 02, 2011
kursus lagi
assalamualaikum.............
sebentar lagi saya akan bergerak ke kem plkn princess haliza,sepang sekali lagi untuk berkursus. rasanya inilah kursus terakhir sepanjang 3 bulan ni.kursus ini akan tamat pada 14.5.2011.lama jugak tu,12 hari.kursus ni biasanya penat sangat sebab saya selaku fasilitator akan melatih bakal-bakal jurulatih baru untuk plkn.semuanya akan bermula dengan 0.ianya bukanlah satu tugas yang mudah.tapi barisan fasilitator sama-sama akan menyokong antara satu sama lain untuk memastikan objektif kursus tercapai.
macam biasalah kalau kursus,satu beg saya akan berisi peralatan untuk mengait.bukan apa,kalau tak bawa,tiba-tiba ada masa terluang,bolehlah saya mengait.kalau tak mengait sehari rasa tertekan.gitu sekali.......buukan apa,mengait ni boleh hilangkan tekanan.agak-agak larat,sebelum tidur boleh juga mengait.dapat mengait sikit pun,jadilah.
kepada rakan-rakan yang selalu ke sini,teruskan kunjungan anda.mungkin dari sini akan timbul ilham untuk projek anda.
jumpa lagi................lepas 12 hari daaa............
Ahad, Mei 01, 2011
projek lama.

jom tinjau apa ada dalam beg jerut ni.biasanya saya letakkan projek-projek kecil di dalamnya.sebelum kursus,saya sudah asingkan projek-projek ini untuk diambil gambarnya.habis kursus,barulah sempurna hajat.........apa lagi terus masukkan dalam bloglah.
bakul telur ini rasanya sudahpun tiga tahun usianya.kalau nak tahu,saya kait sendiri untuk perkahwinan saya.bulan 8 ni genap 3 tahun perkahwinan saya.sejam nak siapkan satu ni.saya cuma sempat buat 50 buah aje,optimum wei.bagi untuk kawan-kawan terdekat je.kalau anda teringin nak buat bakul macam ni,nak banyak jumlahnya,saya nasihatkan bahagian bakul tu tak perlu kait penuh macam ni,cukup kait selang seli dc,ch.bakul ni warnanya sudah pudar sebab letak di dalam kereta untuk isi syiling.kiranya ada guna jugaklah.....
lama saya mencari kerongsang ni.dah lama tak guna.di belakangnya saya jahit pin guna benang sama warna.kalau boleh saya sebaik mungkin tak nak guna gam untuk lekatkan pin tu sebab saya lebih suka kalau projek yang saya hasilkan boleh tahan lama,kalau jual atau bagi kepada orang lain pun,nak boleh guna benda tu lama-lama
projek ini antara yang paling awal saya buat.ada dalam simpanan untuk rujukan.ni pun cuba-cuba buat,menjadi juga.
Langgan:
Catatan (Atom)
Playlist Sarung Balang Tulip
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
kalau hati sudah suka, itulah secara mudahnya.berbunga-bunga rafflesia hati ni bila dapat beli barang-barang dalam gambar...
-
Assalamualaikum. Shining nylon yarn, itulah nama benangnya. Bukan mainlah sukanya dalam hati mengait guna benang ni. Nak tengok tutorial ber...