Cari Blog Ini

Runner and Chairback


Merak Sepasang Musim PKP

Mula- mula kait mungkin 10 tahun atau lebih. Lamanya....Dengan sibuk kerja, pindah tempat kerja, pindah rumah, pindah tempat kerja.....Ada saya masukkan dalam blog ni awal-awal mulakan projek ni.

 Maaf, tak boleh pusing pula gambar ni.


Dan dengan adanya PKP, alhamdulillah, berjaya siapkannya. 
Rasanya tak sampai 2 minggu siapkannya, tapi bergantung kepada masa juga. In sha Allah saya akan masukkan gambar lagi. Tinggal bahagian kemasan dah.


Elok nak buat kemasan, alahai ada salah pula. Tarik sekeliling untuk langkah terakhir. Kali kedua kait saya anggap jadilah, tak sanggup nak kait dah. Ni saya dah buat kemasan. Hujung-hujung benang pun semua saya bawa ke belakang. Tadi untuk kemasan lebih kurang 25% siapnya. Maklum sajalah masak, makan meggi dulu sebelum tu 😐.

Petang semalam 20/4 baru siap, iklan banyak sangat. Temankan anak makan di meja PKP (meja untuk ambil angin musim PKP) sambil buat kemasan. Komgsi meja tak boleh buka besar bemda kaitnya, saya lipat 4. Bila buka, semua dah siap. Terus basuh dan sidai. Dan nilah hasilnya.


Langkah terakhir sebelum kemasan pada saya memang mencabar. Lagipun di halaman diagram, cuma ditunjukkan 3 baris( bucu) sahaja. Selebihnya kena faham sendiri
Langlah ni jugalah yg saya kema makan megi macam saya sebutkan atas tu.
Apapun, alhamdulillah siap projek kait PKP (MCO) crochet project.


BELUM PASTI HASILNYA




Corak ni terhasil semasa saya dan suami menunggu si Fatin tuisyen. Saya ni selalu je, kalau ke mana-mana tempat yang saya agak atau memang saya tahu saya akan termenung/buang masa,saya akan bawa sesuatu bersama. Tak kiralah apa, macam buku dan benang kait untuk tempoh masa sekarang dan dari dulu. Manalah tahu nanti ada benda baru pula datang dalam kepala ni.

Corak asal yang saya kait hanya warna jingga sahaja. Tapi bila di rumah esoknya,tu dia........idea mai dah dan jadilah macam tu. Tak salah saya cubaan ketiga baru menjadi. sebenarnya,corak di sebelah kanan tu itu hasil kedua.Hasil pertama di kiri tengok elok-elok,bila di kait lama kelamaan jadi melengkung, jadi ada sesuatu yang tak kena bila hasilnya begitu. Dan saya ikhtiarkan, jadilah yang kanan tu. Bunga-bunga tu, saya tarik semula benangnya dari kiri dan cantum semula di kanan. Setakat ni yang kanan tak melengkung, saya anggap berhasillah. Ikutkan saiznya dah makin besar, tapi tak ambil gambar, lama juga saya berhenti mengait ni sebab sibuk.

Dalam gambar ni corak di sebelah kiri 3 kelopak bunga dicantum, tapi untuk gambar kanan 4 kelopak bunga kena cantum. Jadi sampai sekarang ni saya anggap 4 kelopak bunga bercantum berhasil. Selebihnya saya akan maklumkan nanti, itu pun bila dah mula mengait semula.

LANGKAH DEMI LANGKAH







Seronok rasanya bila berjaya siapkan alas rostrum (ejaan tak pasti, malas nak semak) ni. Selalu kalau ada apa-apa majlis di kem, tempat berucap tak beralas,cepat-cepat saya cari kain tudung untuk dijadikan alas. Saya berhenti mengait benda ni setelah mendapat tempahan bekas telur merah putih tu. Dah siap bekas telur tu, saya sambung pula mengait benda ni. Dan tadi 9.4.2013 secara rasminya alas ini diguna untuk pertama kalinya. Alas ni digunakan pagi tadi semasa lawatan Pengerusi MLKN, Dato  Dr. Tiki Lafe. Seronok rasanya bila dapat menyumbang untuk kelompok yang ramai.

Benang putih tu saya gunakan benang nona manakala benang kuning dan hijau tu istimewa sikit sebabnya saya beli di Kuala Nerang semasa kursus. Benang ni jenamanya chibiko-s. Saya guna jarum 5.5mm untuk kait bunga dan daun tu. Benangnya RM 1 sebuku. Kalau bunga tu, rasanya 7 kuntum untuk sebuku benang. Ada sikit lagi baki benang kuning tu.




yang ni saya buat tanpa faham macam mana nak buat.saya fikir logik je. alhamdulillah, jadi jugak.biasanya saya mengait muka depan kaitan mengadap saya .tapi yang  ni kena pusing/turn.dah tua ni baru tahu memang tulah kaedahnya. yang ni mungkin saya kait semasa saya belajar di universiti dulu,sekitar 1999-2003. tak ingat....corak ni saya ambil daripada buku http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/macam-macam-ada.html yang kena makan degan anai2 tu, sebelum kena makan. corak ni juga, ada saya buatkan menggunakan benang besar,ada di kampung. kalau kebetulan balik kampung nanti saya ambil gambar,masukkan di sini.

                                              projek lama saya di rumah mek di kampung



dah pun balik ke kampung.jadi,inilah projek macam di atas tu tapi menggunakan benang kasar.ada kesan kotoran dah,mungkin terkena minyak mesin jahit.






ini alas meja yang pernah saya sebutkan dahulu.ukurannya jadi mengecil di hujung,dan hujung lagi satu jadi besar, mungkin guna benang yang macam-macam jenama. ini pun bertahun saya buat. fuhhh.......corak ini dari buku yang dimakan anai-anai tu.



yang ini jadi penutup oven di rumah mek.coraknya dari buku yang kena makan dengan anai-anai tu juga.dah kena gigit dengan tikus di bawah,tengah-tengah tu.



ini penutup penapis air bio aura di rumah mek juga,dari buku yang sama tak salah saya.



corak kerang ni saya belajar daripada kawan kakak saya.dah jadi kuning benangnya.tak siap juga.tengok tekstur benang rasanya minlon polly.jarum tak ingat apa saiz.jumpa dalam kotak,terabai.kalau nak buat corak macam ni,selain daripada kerang ni.kerangnya bermula kiraan 1,2,3,4 dan seterusnya.tapi hasilnya nampak tirus.saya ada jumpa yang saya buat kerangnya kiraan ganjil sahaja 1,3,5,7 dan seterusnya.rasanya boleh buat macam tu juga untuk hasil yang lebih lebar.


yang ni pun,tak silap saya coraknya daripada buku tu juga.saya jadikan alas televisyen di rumah.

Tiada ulasan:

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...