Cari Blog Ini

Khamis, Mei 21, 2020

Ear Saver Hasil Kait Saya

Assalamualaikum.
Tak dapat buat di telefon, bukalah laptop usang ni. Laptop 2 kali pilihanraya dah. Kena sabar, sebab lambat je. Inilah penjimat telinga yang saya ilhamkan. Dah bertuan semuanya. Pos dan ada yang sudah terima bermula semalam. Selebihnya harap sampailah hari ini dan esok.
Ada video saya buatkan, boleh ke  https://www.youtube.com/watch?v=egg0iucd9Kc&t=149s









Butang lawa-lawa tu beli lama sangat dah. Rupanya tahun 2020 ditakdirkan untuk saya guna.

Rabu, Mei 20, 2020

Pening Lagi

Format, versi baru..... tak faham sangat lagi perubahan baru di blogger. Dua hari nak buat post pun tak dapat sebab low memory  untuk gambar.
Ada tanya blogger help, dan ada pengadu yang sama masalah dengan saya, tpi komen hide pula. Cuba blogger classic pun tak boleh.
Sabar ye Cik Jah, cari ilmu satu satu.

Jumaat, April 24, 2020

Projek Bersambung Musim PKP.

Tudung Saji Daffodil.

Satu lagi projek tergendala. Musim PKP ni cari semua benda kait yang tak siap.


Nilah meja PKP kami sekeluarga. Meja ni jadi tempat makan, tempat main anak, tempat mengait, tempat ambil angin. Kalau cuacanya baik, sejuk je rasa ditiup angin, elok duduk di luar rumah sebab dalam rumah berbahang. Kalau cuaca panas, berbahang di luar ni, elok duduk dalam rumah.


Saya tengah jahit daun sekarang ni. Lepas tu, jahit bunga dan akhir sekali ropol di bahagian atas.Betul-betul akhir kemasan. Harap siaplah. Tak nak berhenti lagi.

Sabtu, April 18, 2020

Ear Saver


Ear Saver Kait.


Assalamualaikum semua.
Beberapa hari lepas saya buat video untuk kait ear saver. Alhamdulillah, selesa dipakai. Saya punya warna kuning. Yang merah beri kepada anak. Nak cuba kait bolelah singgah sini untuk melihat video mudah cara kait ear saver.

In sha Allah ada kelapangan nanti saya buatkan tutorial bertulis dan bergambar, dengan izinNya.

#kongsi2ilmu.

Selasa, Mac 31, 2020

Patuhi PKP. Stay At Home


Rare dah boleh jumpa


Assalamualaikum.

Musim PKP....Temankan anak bermain. Macam-macam boleh jadi. Ni selimut dia, nenek dia jadikan mainan anak patung. Nampak macam ayam pun ada. Belum kira saya bertukar jadi Kamen Rider Zi-O pakai kain batik. Ada saya siapkan video di channel saya Rafizah Hobiku Crochet.

Siang hari telefon dengan anak je. Waktu rakam video awal pagi. Tu jelh masa yang paling sesuai. 

Harapnya, kawan-kawan baik, sihat sentiasa. Elok jugakam mengait waktu begini. Selalu doakan untuk kesejahteraan kita semua dan negara kita.
Stay at home.

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...