Semuanya tercetus setelah saya menjadi ahli Jom Mengait dan Hobi Mengait di facebook. Tengok cantik hasil kait ahli-ahli kumpulan tu. Terjebak sudah.
Mari tengok hasil kait saya untuk tudung saji.
Tudung Saji Bunga Tujuh Kuntum
Ini betul-betul kejadian, bukan cobaan. Rujukan saya untuk kait tudung saji ni adalah tudung saji bila bunga-bunga berguguran. Bilangan kaitannya sama, cuma tekstur benang menentukan hasil kaitan sama ada berpuas hati atau tidak.
Hiasannya dua kuntum bunga ros besar dan 5 kuntum bunga bulat kecil.
Hasil setelah siap.
Dah diambil orang. Hadiahkan untuk emak. Bahagian tengah tu saya sempat kait ropol sebab menunggu orang meminangnya lambat, tambah ropol.
Yang ni lepas siap kait, kakak nak. Dah pun guna. Ramai suka warna ni. Yang ni saya tak letak ropol. Ropol peringkat awal saya memang tak letak.
Tudung Saji Bila Bunga-bunga Berguguran.
Hehehe bunyi macam lagu Kak Ogy ye??? Ilham kalau dah datang, macam-macam boleh jadi. Tudung saji ni untuk lebar saji bentuk bulat, 24 inci. Cubaan pertama kait untuk saiz ni. Guna di rumah dan semestinya saya jadikan contoh untuk hasilkan yang baru pula.
Tengok gambar jom
Saya gunakan benang yang dah lama saya simpan. Kurang puas hati dengan teksturnya yang makin mengecil. Boleh nampakkan kaitannya renggang? Sampai sekarang saya tak beli dah benang jenama ni. Nanti boleh buat perbandingan dengan gambar lain untuk tajuk di atas. Kaitan sama,jarum sama, tapi hasilnya berbeza.
Tudung Saji Kelopak Seribu.
Tengok di facebook saya mula mengait tudung saji ni dalam bulan 7/2019. Sakan makan meginya. Aduyaiii....Hasil pertama untuk tudung saji. Tudung saji ni saiz kecil je. Bolehlah tutup kuih sepinggan dengan jug kopi/teh kecil.
Benang nona dalam 7-8 buku.
Kecil je tudung saji ni
Kait bunga peringkat awal, belum muktamad nak yang mana.
Ambil 2 saiz je bunga, terus jahit daun satu.
Siap daunnya.
Siap semuanya.
Ini sebahagian gambar yang saya kongsikan di sini. Ada lagi gambar berkenaan projek ini di facebook.
Boleh ke tudung saji kelopak seribu untuk tengok gambar berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan