Cari Blog Ini

Jumaat, April 24, 2020

Projek Bersambung Musim PKP.

Tudung Saji Daffodil.

Satu lagi projek tergendala. Musim PKP ni cari semua benda kait yang tak siap.


Nilah meja PKP kami sekeluarga. Meja ni jadi tempat makan, tempat main anak, tempat mengait, tempat ambil angin. Kalau cuacanya baik, sejuk je rasa ditiup angin, elok duduk di luar rumah sebab dalam rumah berbahang. Kalau cuaca panas, berbahang di luar ni, elok duduk dalam rumah.


Saya tengah jahit daun sekarang ni. Lepas tu, jahit bunga dan akhir sekali ropol di bahagian atas.Betul-betul akhir kemasan. Harap siaplah. Tak nak berhenti lagi.

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...