bunga kait
sebenarnya saya diberikan tugasan sebelum puasa lepas.bulan puasa sibuk jugak siapkan tugasan.dan ada lagi tugasan kedua.sekarang ni pun tengah sibuk buat.esok dateline.tapi,dah penat buat tugasan,saya sempat juga mengait,maklumlah dah minat.bunganya dah lama saya buat.cuma baru malam tadi saya ambil masa untuk tengok apa jadi hasilnya.batang bunga tu saya kait single crochet.dalamnya dawai saiz 18.dawai saiz sama untuk kdua-dua bunga tu,tapi yang nampak beza sebab saya gunakan jarum kait saiz berbeza,kecil dan besar.niat di hati nak letak dalam pasu jadikan hiasan di rumah.kali ni saya datang kem saya bawa laptop sekali,di pejabat ada wireless.cari bahan untuk tugasan pun belum siap ni.
baju raya
lama simpan gambar ni,raya pun dah lepas.saiznya baju bawah tu kecil molek,baju mak mertua saya.saya jahitkan dua pasang.dia jelah yang specialnya sebab saya sempat jahit dua pasang.dan baju paling bawah tu fatin punya.saya buatkan baju pesak gantung dan kainnya saya jahitkan kain dayung.kain duyung ni,baru saya belajar macam mana nak buatnya.sibuk cari di internet.yang farisha pun sama dengan fatin,tapi gambar saya tak ambil.
ma's
tips kaitan
memandangkan saya selalu berhadapan dengan masalah semasa mengait,jadi saya berjaya dapatkan penyelesaian untuk mengelakkan kaitan jadi memeri terutamanya untuk dijadikan tali beg.kebiasaan saya menggunakan kaitan single crochet (sc) untuk tali beg.dan saya akan kait seperti benang hijau dalam gambar ni.tak salah saya yang ni saya kait 7 sc dan pusing,kait lagi,pusing .itulah caranya.tapi,untuk mengelakkan tali daripada memeri,saya dapat idea dengan melawan arah kaitan.kaitan biru tu,saya kaitkan untuk tali beg kakak saya,saya kait 90 sc dan pusing.kait 90 sc,pusing,sampailah dapat saiz yang diidamkan.rasanya yang ni saya pusing 4 kali sahaja.kalau yang hijau tu memang berkali-kalilah pusingny.sampaikan menyampah pun ada sebab kena pusing je kerjanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan