booties&mittens

Selimut


Sekali lagi kaitan Catherine wheel stitch.Kaitan ni cantik,senang dan cepat membesar. Saya kaitkan untuk dijadikan selimut bayi macam yang sebelum ni. Buat sesak laci jekan? heee






Selimut Untuk Anak Buah



saya mula kait selimut ni pada 11/10/2013 dan baru sebentar tadi siap,sekitar pukul 10 malam 24/10/2013. tempoh masa tu bukannya setiap hari saya lait,bergantung kepada kelapangan. selimut ni saya kait untuk anak saudara baru, rasanya baru nak masuk 2 bulan,hehe,tak ingat dah bila dia lahir

asalnya saya nak buat 12 baris, tapi bila tengok 9 baris, dah besar, saya anggap siaplah. saya gunakan benang wina dan nona. sata gunakan 9 warna yang berbeza.baris paling bawah tu kuning cair, baris ketiga putih. kombinasi dua jenama benang ni sesuai digunakan. jangan wina dengan minlon dahlah sebab beza tali benangnya.ingat selalu,kalau benang kita kombinasi yang sesuai wina dengan nona, dan nona dengan minlon.stok benang banyak dah kurang. kadang-kadang ada jiran datang belajar mengait, nak beli benang, saya bagi je sebab fikir-fikir tak tahu bila nak berkurang benang dalam stok.

untuk selimut ni saya guna jarum kait saiz 5.0 mm. kalau teringin nak beli ada di sini. kaitan saya gunakan 100 chs dan perlu gunakan gandaan 4. kaitan selimut ni namanya bobble stitch.video di youtube ada, saya belajar dari situlah. kat sini videonya, ada 5 video. rasanya lepas ni nak buat selimut lagi, nak juallah pulak.hehe


Untuk Aini







bunga untuk beanie dan headband ni saya guna hook rose 4/0


tali pengikat di belakang.bunga ni saya guna hook 1.25mm



Bulan lepas saya balik ke kampung setelah tamat kursus. Tercapai juga hajat untuk menjenguk kawan lama di Kg. Kok Pasir,Tumpat setelah hampir 5 tahun tak bertemu.Kali terakhir jumpa masa saya kahwin. Kononnya nak buat surprise, sudahnya kena telefon juga sebab tak ingat jalan ke rumahnya. Kawan saya Aini namanya. Hari tu rupa-rupanya sudah 22 hari dia melahirkan anak sulungnya. Lebih awal daripada jangkaan. Dapat anak perempuan.

Balik ke Kuantan apa lagi, geledah benang-benanglah. Buat sikit-sikit, siap juga. Maklumlah sibuk, minggu lepas pun kursus juga. Rasa seronok dapat siapkan set baby ni. Seronok sebab nak bagi pada kawan baik, tu jelah. Lagi pun benda-benda gini bukannya ada dijual di kedai,jarang dapat jumpa di jual. 



Kaitan Catherine Wheel Stitch



belajar kait lagi. asalnya dah lama belajar,tapi bila bandingkan kaitan lama dengan yang baru ni, yang lama tu salah kaitannya, yang ni barulah betul. kaitan ini senang, seronok dikait sebab cepat membesar. anda pun boleh mencubanya.

Belajar Kait Cacoon





benang habis daaaaaaa.saya menggunakan benang wina no. 52. sampai dah pun menggunakan 4 buku benang.jarum pula saya gunakan jarum saiz 5.5mm,jarum untuk afghan.besar juga saiznya.kaitan ini adalah single crochet untuk tapak dan double crochet untuk bahagian badan.tercapai juga hajat nak kait benda ni.dapat anak nanti, saya jadikan ni kelongsongnya.

semasa mengait,saya kembarkan dua urat benang,boleh tahan, mencabar juga. cacoon ni,kaitannya saya biarkan berlubang sebab benang akrilik ni panas, jadi bayi tak delah merah menyala panas nanti. bila nak jumpa benang pulak ni???

bilalah ye saya nak dapat anak? kalau dapat, pada dialah saya akan gunakan kedua-dua benda ni.

Lagi Tempahan Shidah






untuk kali keduanya, Shidah buat tempahan booties dan headband ni.Dah siap kait, nak ambil gambar, saya serahkan pada Fatin je.Minta tolong dia ambilkan,berbayang sikit.Saya rehat sebab sekali dalam setahun saya akan mengalami senggugut yang teruk sangat,takut.Bermula tahun 2009 sampailah sekarang ni.macam bom jangka tu,sekali setahun,dah boleh agak.

Tempahan ni untuk anak saudara baru Shidah.dan yang kuning hitam tu mungkin untuk anaknya kot sebab yang bawah ni dia dah tempah untuk anak dia.Apapun,janji dia suka,seronok tengok hasilnya.Sian jugak,sebab saya sibuk,lambat juga siapkannya.


Tempahan Kawan Sekerja (Shidah)

Kawan saya, Shidah buat tempahan untuk anaknya yang berusia 5 bulan.Belum pun lagi bagi pada dia,sebab janji dengan dia kalau nak keluar ke bandar,nak pergi sama-sama,jadi masa tulah nanti bagi benda ni.Di sini saya masukkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua.Jadi bolehlah tengok secara kasar langkah-langkah untuk menyiapkannya.




Benang warna pink ni jenama ondori, nombor 98.agak susah dah nak jumpa benang ondori ni.. Di bandar Kuantan ada yang jual jenama ni,warna tu ada ke tak tak tahulah. Nak pergi pun fikir banyak kali kalau semata-mata untuk beli benang je.Kalau kebetulan ada urusan lain,bolehlah nyambil-nyambil 

Tempahan Rakan Facebook.


alhamdulillah,setelah mendengar pendapat suami,saya masukkan beberapa gambar di facebook.suami kata di facebook lagi ramai kawan,tentu ramai orang yang tengok.dan ini adalah tempahan yang kedua.cuti lama ni,bolehlah leka nak terima tempahan.dah kerja,kursus,susah pulak.selain daripada set ni,kawan saya ni ada tempah bunga jugak.nak tengok klik sini

Untuk Farisha



Lebar senyumnya.hilang rasa bengang sebab betulkan mana yang patut.dan.........rasa berbaloi bila Farisha boleh pakai baju ni.


29/2/2012
sampai ke tahap ni.kira-kira 8 buku benang habis diguna.bahagian lengan terpaksa dikait semula,dan ton warnanya lebih terang (tulah masalahnya kalau beli benang berasingan,manalah tahu berapa banyak nak gunanya).dah siap cantum lengan,saya ke perak,ingatkan di rumah dah beria si Farisha pakai,labuhlah pulak,walaupun dah ukur ikut panjang yang dia nak.sebulan di perak,baru balik ni.petang semalam saya buka balik jahitan antara bahu dan lengan.tarik benang ikut saiz yang dia nak.jahit lagi sekali.bolehlah pakai,tapi nampak panjang jugak.tak kuasa dah nak buka balik.anggap jadilah tu.apapun saya seronok sebab pada saya agak susah juga nak hasilkan baju ni.



lima buku benang jenama nona no.86 untuk dapatkan hasil macam ni.tapi.......belum siap.benang di kedai yang selalu saya beli benang,stok warna dan jenama ni habis.bawa balik ke kampung pun benang tak de juga di kedai.ikutkan sikit je lagi,untuk bahagian tangan sikit dan di hujung tangan saya akan buat renda macam bahagian bawah badan baju tu.seronok buat baju ni.saya tengok gambar saja,fikir-fikir dapat juga hasilnya.cuma rendanya lain berbanding gambar.gambar tu nanti dah siap baju saya masukkan di sini.untuk farisha baju ni betul-betul sedang elok.rasanya tahun depan tak boleh pakai dah.apapun mana-mana yang kurang/kelemahan saya kena perbaiki lepas ini.kalau aya dalam mood rajin,saya nak kait untuk fatin jugak.

23/1/2012-sudahnya saya buka semula kaitan untuk lengan baju.benang beli di bidor walau pun jenama an nombor sama tetap berbeza.balik ke rumah,beli benang sama pun tetap ada ton warna jugak.sekarang ni saya kaitkan semula untuk kedua-dua lengan.lengan kanan tu saya dah cantum dengan benang yang beli di bidor,tapi fikir-fikir nanti berpetak-petak pulak nampak warna baju tu.saya target sebelum bergerak ke kem 25.12,2012 nanti saya akan siapkan.yang belum siap sebelah lengan je lagi,lepas tu kena masukkan renda macam di bawah baju untuk kedua-dua lengan.

Betul-betul siap


baju ni baju yang bawah tulah.saya letak alas,kain flanel.lembut,rasanya selesa untuk dipakai,sejuk jugak.tapi saya sendiri tak tahu apa kain yang sesuai untuk dijadikan alas baju ni.saya siapkan alas tu di rumah mek di kampung,sempat jenguk mek.mesin jahit di rumah kuantan buat hal,jahit di kampung.tulah mesin jahit saya (nampak ciput je).saya beli sebelum pandai menjahit lagi.dress ni asalnya saya lebihkan alas untuk tambah kaitan sebab mek kata nampak pendek.tapi sekali tengok tak payah tambah kaitan pun tak pe.nampak berfesyen sikit anak buah saya tu.anak buah tu namanya nurul balkis,2 bulan lebih umurnya.saya agah,senyum je dia.saya tak sempat tengok dia pakai sebab kakak tak balik ke rumah mak,jumpa sebelum jahit alas tu je.kalau ada sesiapa nak buat dress yang sama bolehlah berkunjung ke sini.

Dress baby


kait main-main,2 hari siap.itu pun letih nak cari benang.dress ni saya akan berikan kepada  anak saudara saya yang baru,belum pun lagi tengok.harap-harap muatlah. 

Cuba-cuba


projek ni kategori cuba-cuba tapi jadi.dari sinilah saya tingkatkan kemahiran dan hasil,cantikkan mana yang patut.







semua booties dan mittens di atas tu dah di jual.orang tempah,saya buat.setakat ni hanya kaan-kawan yang terdekat yang menempah.



selimut bayi.buat ni sebab nak testing kaitan star stitch je.sekali tengok macam warna jalur gemilang pun ada,tp jangan salah faham pulak.



mari dekat.........mari dekat.............inilah kaitan star stitch.sebelah kiri tu adalah bahagian belakang dan di kanan tu adalah bahagian depan.bila nak siap ntah.2 malam lepas banyak baris tambah,alih2 salah dari awal sambungan pulak.sabar jelah.......



baby dress ni saya buka balik,asalnya banyak dah siap,rupanya kena sambung dulu,saya buat yang awal2 tu,tak sambung.kaitan tu adalah kaitan solomon knot.nak belajar pergi ke you tube crochet baby dress-solomon knot.ini yang pertama saya buat.dah pandai boleh buat macam2 kaitan nanti.bukan apa,kalau boleh nak jual yang idea saya sendiri,bukannya ambil terus orang punya.




berjaya juga siap.cuma kemasan belum lagi,bukan apa sebab saya akan berkursus 11-16.12.2010 ni.apalagi yang penting kait kena siap.selebihnya bawa masa kursus pun no hal.malam2 sebelum tidur,boleh siapkan mana patut.tu pun kalau ada masa free.



anak usu punya.dah pun diserahkan semasa kursus.

Tempahan Mala.






Mala kini menunggu saat kelahiran anak pertamanya.tarikhnya di jangka bulan puasa nilah.jadi,sebelum dia bercuti lama,sempat dia minta saya buatkan topi ni.yang saiz besar tu untuk anak kawannya dan yang kecil tu untuk anaknya.


Untuk Farisha.






di tempat kerja,satu masalahnya adalah apabila ada masanya saya tak tahu nak buat apa,rasa bosan.tapi,macam biasalah,sempat juga siapkan beanie ni untuk anak kedua saya.siapkan di kem,tapi tuan topi di rumah.saiznya tak berapa ngam,sebab topi tu kena lagi tinggi.mungkin boleh tambahkan lagi dua baris kaitan dc.kalau di sini ada 3 baris,jadi ada 5 baris bolehlah kot.untuk kaitan corak macam ni,akan datang,saya kena perbaiki kekurangannya.topi ni,idea saya sendiri.















































































































































































































3 ulasan:

MamaDaniel berkata...

wow.. banyaknya projek... :)

MamaDaniel berkata...

wow.. banyaknya projek... :)

raktamrittika berkata...

haha.yang lama dah ni