Cari Blog Ini

Isnin, Disember 03, 2012

Video

Assalamualaikum.

Lama saya menyepi kerana kesibukan. Bukan tak ada benda untuk dikongsi, tapi sibuk.Dalam tempoh sebulan saya dah pergi ke 2 kursus di Kuala Nerang dan Pulau Langkawi. Balik daripada kursus pula, perlu buat persiapan untuk penutup latihan budak-budak.Mula jumaat lepas,bos bagi cuti 4 hari. Masa yang ada inilah saya godek-godek blog,youtube. Esok akan mula kerja. Kerja perlu dihabiskan untuk dapatkan ISO. Lepas tu,kena kursus balik di Temerloh daripada 8-15/12/2012.Cuti banyak lagi tu........tak sempat dah nak cuti-cuti Malaysia. 

Baiklah, itu bukan topik utama saya di sini. Yang utamanya adalah, saya telah memuatnaik dua video yang saya hasilkan ke youtube.Video tu sebenarnya sudah lama saya rakam, tapi nak terbitkan banyak yang perlu saya tahu bermula dengan movie maker,nak muatnaik pun sampai berhari-hari sebab lambat sangat prosesnya. Awal-awal saya rekod video tu pun banyak cabarannya. Laptop lama, kamera asing, kamera pu klip dah tercabut tentu tak boleh nak klip. Fuuuhhhhh,macam-macam

Banyak celoteh pulak ya?? bagi anda yang ingin melihat video saya,klik sini. Harap ianya membantu. Dan saya juga perlu beri penambahbaikan untuk video saya.

Tiada ulasan:

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...