beg

Beg Farisha



Belum siap lagi ni sebab baru malam tadi Farisha balik ke rumah dari kampung. Saya tak boleh agak panjang tali beg tu. Tadi dia baru perasan beg ni tak siap dan barulah saya ukur panjang tali ngam dengan tuannya. Dan sempatlah tadi saya tambahkan kaitan untuk mendapatkan ukurannya yang betul. Zip pun belum beli lagi ni. Warna pink tu yang paling saya suka, dan itulah yang terakhir dalam simpanan, ondori nombor 98 kalau tak salah. Tangok video ni untuk belajar kaitannya, crocodile stitch.

Beg Tafsir Al-Quran.

Beg ini menggunakan kaitan basket weave, seronok juga mengait kaitan ini. Asalnya tafsir al-quran ni tak ada apa alas,sarung. Bila tengok di youtube kaitan basket weave,terus dapat idea untuk kait beg ini. Sekarang, mak mertua saya pula sibuk mengait corak ni. Dia tertarik dengan kaitan ni.




Tempahan Jis.



agak lama untuk saya siapkan tempahan kawan sekerja saya ni.sibuk sangat,SUKMA, lepas tu jadi penyelaras malam penutup latihan pulak.beg ni 2 hari lepas siap.cari card reader tak jumpa pulak.seharilah jugak masukkan inner dan jahitkan zip tu.yang paling susah bila sampai di hujung zip dan nak jahit/pusing ke kanan.mengeluh dibuatnya.tapi,akhirnya berjaya juga.minggu depan baru pos beg ni,sebab saya nak siapkan lagi satu sarung kotak tisu.yang baru siap malam semalam kakak punya.

yang warna unggu di belakang tu saya berlatih kait.belum sempat siapkan jahitannya. ini kaitan paling baru saya belajar,ada di you tube,crocodile stitch.


Beg Nurul Azida



Nurul Azida ni bekas pelatih yang baru tamat latihan PLKN baru-baru ni.Dia cakap beg yang selalu saya bawa tu, cantikkatanya,jadi sebab tulah dia nak yang sama dengan saya punya.Dalam ken salah kalau berniaga.sudahnya online je.Beg yang ungu putih tu dia yang punyalah dan pink putih tu kakak dia yang punya.Ikutkan kaitan,jarum sama.tapi benang pink tu jenama ondori.Sebab tulah saiznya berbeza.
Gambar pertama tu lebihan benang untuk permulaan dan akhir kaitan.Selalunya bagi saya mencabar,selalu rasa malas untuk buat kemasan.Lebihan benang ni biasanya perlu selit/sembunyikan di bawah kaitan.

Beg Dayah







saya akan serahkan kepada dayah (beg biru bawah tu dia yang punya jugak) esok,kawan satu kem,jadi jumpa di kem bolehlah bagi.seronok lama tak jumpa kawan-kawan,mesti banyak cerita.


beg jerut




beg jerut ni rasanya sudah dua tahun saya kait.


beg tak sempat nak siap.


beg tempahan dayah.buat tergesa-gesa sebab tuannya tak sabar-sabar nak bercuti.jadi bagi je macam ni,ikutkan bunga nak tambah lagi satu,butang pun tak berjahit.katanya nak jahit sendiri.ada lagi satu yang dayah nak,dah pun siap kait.gambar dah ambil,tapi alang-alang kalau masukkan 1 je gambar.tunggu ada banyak gambar baru saya masukkan.tunggu...............





farah baru je ambil 2 hari lepas.kawannya yang menempah.untuk dijadikan sarung kamera.warna ikut permintaan tuannya.






dua-dua ni beg saya



anak dara yang punya




ni pun saya yang punya.suka tengok sebab cantik.tapi masih mencari tali beg yang dijual.sebab kalau tali kait ni memeri,jd beg tu tak boleh isi muatan banyak.



kabur sikit.beg ni saya kait untuk projek kebajikan.pondok.craft@yahoo.com telah menganjurkannya.seronok tengok gambar beg ni dalam blog pondok craft.sesape berminat bolehlah join kalau-kalau ada pulak projek macam ni.

Tiada ulasan: