milikku

Beg Saya



Beg Ini saya gunakan kaitan single crochet (sc), termasuk pemegangnya. Penutupnya saya buat bersegi-segi, nampak lain sikit. Di atas penutup tu saya letakkan 7 biji manik.Beg inilah saya isi benda-benda yang penting dan senang dibawa. Saya tak suka bawa beg tangan, jadi nilah cara saya, tak ketara sangat, boleh disembunyikan kalau-kalau ada nampak orang yang mencurigakan.


Beg kuning ini saya gunakan kaitan purl dengan menggunakan jarum dua. Ini projek awal-awal semasa saya baru pandai guna jarum dua. Bunga putih tu pula saya guna jarum satu, crochet dan benang untuk bunga pula benang halus. Pemegangnya tak silap saya guna stockinette stitch.

Tudung Sulaman Tangan




100% dibuat oleh tanganku. Saya buat yang ini khas untuk perkahwinan saya sebab masa saya kahwin ,tudung sulaman tangan hangat di pasaran, glamour..Ada beberapa helai lagi yang saya buat tapi saya bagi kepada mek, ma, kakak dan anak saudara.


Shawl

                                                                                  
                                                                        


shawl ni saya kait crochet,saya nak test jarum lait baru yang saya beli di Telok Intan.masa tu itulah saiz paling besar yang saya ada.sekarang dah macam-macam saiz yang saya ada.jarum kait yang saiz besar tu saya beli secara online di www.cottonhousestore.com .kalau ada sesiapa berminat,bolehlah ke website tu.






beanie ni,coraknya macam shawl kat atas tu.cuma kaitannya berbeza.yang ni saya kait dari atas dulu.kait dari bawah pun boleh.ada saya buatkan untuk anak saya,tapi tak siap sebab benang dah habis.alamatnya,cari warna yang lebih kurang jugalah nanti.



bukan main lama nak siapkan headband ni.kerja bertangguh.pasni bolehlah pakai,bergaya di rumah jelah.headbang ni guna jarum 2 dan 1.




mesti tak percayakan??ini je mesin jahit saya.saya beli hampir tiga tahun lepas,harganya rm 380.kena banyak sabar guna mesin ni,pertamanya sakit belakang sebab kena bongkokkan badan semasa menjahit.keduanya,nak tekan tu pun ada tekniknya,teknik tu bergantung ikut keselesaan individulah.ketiganya,mesin ni kena alas bantal,kalau tak bisinglah,mesin pun boleh bergerak rasanya kalau tak letak bantal.


tetiba dapat idea nak ambil gambar mesin ni.kain biru tu baju kurung yang telah saya siapkan.manakala kain di kiri tu adalah sampel ukuran untuk jahit bantal.anak saya yang sulunglah jahit,seronok dia belajar menjahit.lepas ni boleh lagi ajar untuk projek-projek yang kecil.sarung bantal tu,jiran depan rumah saya,mintak jahitkan.bantal di rumahnya sudah pecah.dapat jugak 5 helai.balik dari kursus,mak mertua saya kata bantal tu dah siap isi kekabu pun.seronok rasanya dengar sebab saya dah tolong orang.upah saya tak ambil, sebab jiran saya ni orang susah.kesian dia......pertolongan kecil daripada saya........


beg ini adalah kaitan jarum dua yang saya gunakan teknik kaitan stockinett stitch.kalau anda perasan,warnanya sama dengan warna selimut baby dalam blog ni.lebihan benang dari projek inilah saya gunakan untuk buat selimut tu.



cantik tak??sesiapa yang nak buat kerongsang macam ni,kalau boleh jangan buat kelopak bunga macam yang saya buat ni,tebal.susah sikit nak pinkan di baju.tapi masih boleh diguna.



the one and only.satu-satunya.ini adalah bakul untuk diisi telur yang saya kait untuk perkahwinan saya dulu.saya fikir bagus jugak buat macam ni sebab ianya akan beri manfaat kepada sesiapa yang dapat.kalau cik kak-cik kak bolehlah letak kerongsang,syiling.untuk kereta saya,saya isi syiling untuk memudahkan bayar tol.

bulan 9/2012 lepas,saya berkursus di Kuala Nerang,Kedah.semasa kursus,jumpalah kawan kem lama saya di Kelantan.lepas kahwin 4 tahun, saya tak pernah pun jumpa dengan dia.dan terharunya saya bila dia tunjukkan pada saya bekas telur yang saya berikan kepada dia semasa saya kahwin dulu. bekas tu jadi tempat simpanan kerongsang dia. ada guna jugak bekas tu.........

Tiada ulasan: