sarung telefon

Intan Punya


Asalnya saya tertarik melihat blog orang lain menggunakan kaitan seperti ini. Lepas tu saya tengok lebih kurang cara mengaitnya di you tube. Dan inilah hasil pertama yang saya buat menggunakan teknik gabungan dua warna tanpa memotong benang. Perlu kemahiran juga nak kendalikan dua benang sekaligus. Peringkat awal memang kekok, lama-lama saya boleh atasinya dan mendapat cara yang mudah untuk uruskan benang-benang tu. Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan tips mudah untuk membantu anda semua bagi yang berminat.




sarung telefon ini dah pun jadi milik farah.katanya nak warna hitam dan kuning.tali pengikat tu saya letak hijau sebab nampaklah sikit mesra alamnya.
 


warna hitaam jadi pilihan Zila untuk telefon barunya.cepat je siap sebab senang, pas tu tambah butang je. 





jangan tak caye......tempahan kawan saya,mat noor.masa tu demam piala dunia.rasanya tu warna pasukan bola sepak. Tak tahu sangat. Yang ni berbeza daripada yang lain sebab di bahagian belakang saya jahitkan kaitan single crochet.tujuannya untuk di pakai di pinggang. Ikut permintaan tuannyalah. Saya letak butang sekali. Alat-alat beli awal, tunjukkan pada tuannya dulu, dia setuju baru siapkan.

Bekas Telefon Strawberry




Ini pun tempahan Farah juga.Dia mahu hiasan strawberry. Susah weiiii.Yang pertama katakan.Yang putih tu saya jahitkan manik. Tengok google image macam mana strawberry sebenarnya. Bukan setakat ingat yang dalam kepala. Bukan apa, tuannya nak strawberry, dah siap tengok2 jadi tomato pulak. Dapat penat sajalah. Bahagian sarung tu Farah nak yang corak macam tu, saya panggil corak sisik ikan.Bagi istilah sendiri.Yang ni pun Farah belum ambil.

dua hari lepas farah ambil beg ni.




Tiada ulasan: