Mengenai Saya

Foto Saya
kuantan, pahang, Malaysia
saya bekerja.mengait bila ada masa rehat dan cuti hujung minggu.kini sepenuhnya menjadi warga pahang.kalau sebelum ni kerja di perak,rumah baru lagi di kuantan,paling baru sekarang kerja di kuantan pulak. saya ni kidal orangnya.kebanyakan kerja saya gunakan tangan kiri.jadi,bila kali pertama belajar mengait,memang bermasalah sebab saya belajar dengan kakak yang menggunakan tangan kanan.disebabkan minat sangat,nak juga pandai mengait,akhirnya,saya boleh menggunakan tangan kanan.itu untuk crochet. knitting atau kait jarum dua lebih kurang setahun saya pandai.susahnya nak cari jarum dua ni.merata tempat cari,akhirnya di port dickson saya jumpa.seronok bukan main tu. kalau menjahit,saya kena kreatif sebab saya tak pandai guna tangan kanan.mana-mana ilmu menjahit daripada orang yang bukan kidal,saya kena olah untuk memastikan hasilnya sama.biasanya ia akan berlawanan,cara saya menjahit. sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di rafizah_daud@hotmail.com.sekiranya anda berminat untuk menempah,pembayaran boleh dibuat di akaun maybank Rafizah bt.Daud 155023292938 dan di akaun cimb saya 06040005730208.

Khamis, Mei 31, 2012

Rajin Pulak Hari Ni...........

Assalamualaikum semua,salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Hari ni tak tahu kenapa terajin sangat geledah benang-benang sampaikan suami saya kata "rajinnyo ngube".Dah sepah dalam bilik,saya tarik ke ruang tamu pulak.Rasanya sebab bosan,anak-anak dan ma balik ke kampung.Saya dan suami sahaja di rumah.Tapi dia kerjalah.Lepas kemas rumah,masak saya pun mulalah 'ngube'.

Dulu,semasa di Port Dickson saya pernah tanyakan tuan kedai (GAYA) tempat saya cari benang dan alatan menjahit kalau-kalau saya boleh dapatkan sampel benang dari pembekal yang selalu kita rujuk bila nak beli benang.Saya dimaklumkan sampel tu cuma satu sahaja,untuk tuan kedai.Saya memang nakkan benda tu untuk rujukan saya.Bila tak dapat,carilah idea untuk buat sendiri sampel tu.Haaa,tengok gambar bawah ni.Yang saya kira tadi ada dalam 50 lebih warna benang daripada jenama nona,minlon,ondori dan wina.Alhamdulillah,ianya membantu saya.Kalau saya ada beli benang warna baru,saya gunting sikit dan letakkan di sini.Dalam berkemas tu,ada lagi rupanya yang saya tak letak di sini. 


Tak sangka betul.kemas punya kemas,sudahnya benang yang ada dalam simpanan saya yang masih belum guna ada kira-kira 100 buku.Dalam kotak ni ada 48 buku,jenama nona dan wina


Dalam kotak ni pula ada 35 buku.itu belum masuk yang suami saya baru beli tadi dan yang saya kait bekas telur untuk perkahwinan adik saya.Rasanya kalau dikira,lebih daripada 100 buku.Benang kait halus pony pun ada jugak.Yang lebihan selepas mengait pun satu plastik besar jugak.Macam tak percaya pulak.Bawah ni benang jenama minlon dan ondori.Rasanya sekarang ni,benang jenama minlon dan ondori susah dah nak jumpa,rugilah kalau dah mula mengait benang nak  sambungnya tak ada.


Hari ni sahaja saya berpeluang fokus hobi saya ni.esok,walaupun saya cuti,tapi saya kena bersedia untuk kerja memandangkan kem saya akan melaksanakan pilot project untuk Modul Kenegaraan.Saya dilantik jadi penyelaras.Pilot project ni cuma dilaksanakan di 14 buah kem sahaja.Ianya bertujuan memperkenalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang baru.Harap-harap berjayalah nanti.Insya Allah. 

Itulah sahaja dari saya,jumpa lagi............




Tengahari Tadi Pos


klik kat halaman ini kalau nak tahu lebih lanjut lagi.

Jumaat, April 27, 2012

alhamdulillah

Assalamualaikum,salam sejahtera.
Semalam baru habis kursus di Kuala Kangsar.Seronok berkursus bersama kawan-kawan fasilitator dan peserta-peserta.Jom tengok gambar saya bersama kawan-kawan dan peserta kursus.Saya duduk paling kiri.Tengok gambar ni,macam bertambah bulat la pulak..................




Berita paling seronok adalah saya akan melapor bekerja di Kem PLKN Semuji,Gambang,Kuantan.jadi tak perlu ulang-alik ke Perak lagi.Syukur alhamdulillah.Boleh gak fokus kait mengait ni.

Rabu, April 18, 2012

Warna merah lagi......





tempahan kawan fb saya yang sebelum ni tempah bunga ros.jom klik kat sini

Ahad, April 01, 2012

Tempahan Rakan Facebook

Assalamualaikum semua.

Lama dah tak muatkan post kat sini.leka di facebook pula.Projek dalam tiga gambar di bawah ni saya siapkan dalam tempoh seminggu.Seminggu di rumah mengait bercampur dengan tugas lain.Dan esok saya akan berkursus 2-6/4/2012 di Temerloh.Jadi masa sebelum kursus saya siapkan projek-projek ini. 



tengok beg ni kat sini


dan tengok bunga ni di sini


set baby pula sini kita tengok

Khamis, Mac 01, 2012

Jom kait bekas telur




kalau anda bercadang nak kait bekas telur untuk majlis perkahwinan,kat sini ada corak yang baru saya reka.jom singgah.