Cari Blog Ini

Jumaat, Ogos 05, 2011

dah pun siap

salam semua.
siap juga akhirnya tempahan dayah ni.saya sudahkan untuk bahagian tepi dengan kaitan single crochet (sc).lepas ni ada tempahan 2 unit sarung kotak tisu plak.tapi kain pasang untuk baju raya pun belum buat apa-apa lagi. tengok http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/macam-macam-ada.html untuk melihat perkembangan projek ini.



jumpa lagi.





Isnin, Ogos 01, 2011

Selamat Berpuasa Untuk Semua

kamera saya dah punberfungsi dengan baik setelah saya menbeli card reader.sebelum ni tak guna card reader pun nak masukkan gambar.macam-macam.baiklah,sebahagian gambar adalah gambar semasa kamera buat hal.jadi,kali nilah baru saya berpeluang masukkan gambar,cuti lama,puasa di rumah tahun ni.




ini kain tudung saya.sulaman tangan,saya yang buatkan.warnanya yang atas tu yang jelas



sambil kursus,saya bawa projek dayah ni. belum siap semuanya.



topi untuk anak,rekaan saya sendiri.



tempahan kawan.






Sabtu, Julai 16, 2011

assalamualaikum,salam sejahtera semua

dah lama saya tak buat post.usaha ada,tapi kamera buat hal.ikutkan ada beberapa gambar untuk dikongsikan,tapi nampaknya kena uruskan kamera dululah.itu kena buat di bidor,perak.sekarang ni saya di rumah,itupun lepas dua minggu berkursus.dan ada lagi satu kursus sebelum puasa.sempatlah masuk kem dulu.rindukan kem kalau lama-lama tinggal.

dalam tempoh 2 bulan lagi suami akan berpindah ke kem batu 10,kuantan.mmmmmmmm penat nak berpindah.hari ni saya sudah kemaskan satu kotak besar pakaian.banyak lagi yang perlu disiapkan.kalau suami saya pindah,alamatnya saya pun akan pindah juga tempat kerja.cuma kena pastikan di kuantan nanti semua hal siap diurus,barulah boleh mohon untuk saya bertukar kem pula.dugaaannn.

kepada pengunjung-pengunjung,harap sabar untuk melihat gambar projek saya.mungkin 30.7 ni saya masukkan gambar.pelatih pun dah tamat latihan masa tu.22.7-28.7 saya akan berkursus di upsi.sebelum ni pun kat situ jugak.masuk u baliklah.

oklh.jumpa lagi.
teruskan berkunjung untuk dapatkan ilham.

Selasa, Jun 14, 2011

nak pergi sungkai dah

lama saya cuti................lepas ni,nak bergerak ke perak plak.apapun macam biasalah blog kena tengok dulu.insya Allah 17 atau 18.6.2011 saya balik ke rumah semula.barulah boleh tengok blog semula.

Khamis, Jun 09, 2011

projek lama di rumah mek di kampung

di bawah ini adalah kerja-kerja tangan yang saya buat.ada yanh hampir tujuh tahun saya buat.saya pun dah lupa bila tengok ianya menghiasi dapur.tanya pada mak siap yang buatkan,katanya sayalah.apapun seronok bila tengok ada guna jugak benda tu walaupun bukan dalam jagaan saya.jom tengok apa ada di rumah mek di kampung.



minnie mouse ini adalah jahitan manik.tarikh siapnya ada saya jahitkan di situ.

cari punya cari ingatkan buah apalah dalam plastik,rupanya benda ni.belum siap lagi.kena sambung buat.








alas oven



alas bio aura




corak ni sudah ada dalam blog ni,cuma benangnya berbeza.yang ni benang kasar.




inilah alas meja yang pernah saya beritahu saiznya mengecil bila siap.sebelah yang mula-mula kait besar.sayang juga walaupun tak sempurna.lama nak siap ni.bertahun juga rasanya.

itu sajalah untuk dikongsi kali ini.akan datang ada pulak.tungguuuuu.........









































































































































Sabtu, Mei 28, 2011



seminggu lepas saya beli beberapa peralatan mengait,menjahit.itu stok di kem.yang atas tu projek lama yang belum siap.sempat tambah sebaris je.benang putih tu hasilnya di bawah..........


ini saya kaitkan untuk kawan.untuk diletakkan di atas dashboard kereta barunya.dia nak saiz sejadah kecil.lama jugak tu nak siapkan.saya kaitkan star stitch.kat you tube ade videonya.







yang ni dah lama siap,cuma baru je ambil gambar.saya tambahkan dengan bunga hitam.dalam page sarung kotak tisu bunga tak letak.masa tu bunga dah ada rasanya.



merah dan putih pilihan ani.tuan empunya tidak dapat dihubungi.kena ikhtiarkan cari tuannya.bawa balik ke kampung pun boleh sebab lepas ni mungkin akan bertolak ke pasir mas,kelantan.


sebelum ni saya ada buatkan warna pink dan putih,tapi salah.fizai nak pink hitam.sudahnya dua-dua dia nak.duit dah bayar siap pun.cuma yang pink putih tu saya tinggakan di rumah.masuk em plak,kena bawalah.

























Sabtu, Mei 14, 2011

projek saya

kerongsang hari guru.


dah balik dari kursus,awal sehari jadualnya tamat untuk beri laluan dan persiapan pelatih plkn melapor.

kesian dua-dua orang anak saya,fikirkan apa nak diberi kepada guru kelas masing-masing untuk hari guru.dapat idea,saya terus je ambil beg jerut,keluarkan bunga-bunga yang dah lama dikait.jahitkan pin,jadilah kerongsang.tak perlu kos untuk beli hadiah,buat sendiri jer.daun tak letak sebab ambil masa pulak,lagipun esok saya akan berangkat ke sungkai,perak untuk bekerja.apapun belum kemas lagi.penat kursus pn belum hilang...........


beg dayah


seperti yang dijanjikan,inilah beg dayah yang saya siapkan sebelum kursus.esok bolehlah bagi pada dayah, jumpa di kem.


Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...