petang ni saya ke setiawangsa,bermalam di rumah kawan,aya untuk pergerakan ke sungkai pagi esok.jumaat balik PD semula.abang askar tadi suami ayalah,sampai rumah dia nanti boleh serahkan.seronok dah siap.
Saya suka mengait,menyulam,menjahit dan banyak lagi asalkan ia kraf,kreatif.Jadi,blog ini adalah khazanah ilham untuk saya mengumpulkan hasil kerja tangan saya.Seronok bila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.Kepada yang berminat,teruskan mengunjungi blog ini untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan sebagainya.Diharapkan dengan adanya blog ini seni crochet/krusye ini akan melangkah setapak ke hadapan.In sha Allah.
dress baby ni dah lama saya kait,cuma tak sempat siapkan.tengok-tengok tadi,rasanya yang pink tu mungkin dah tersalah kait.jadi,kena betulkan semulalah.kaitan untuk kedua-dua dress ni adalah berbeza untuk skirtnya.bahagian atas tu sama je. kalau nak tengok yang dah siap kat sini http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/booties.html
dan yang ni mesti pelik tengok warnanyakan.sebenarnya ini tempahan suami aya,kawan saya.suaminya tentera,kor JLJ.warna ni adalah warna logo JLJ.saya kehabisan stok benang kuning,sikit lagi nak siapnya.nak beli di PD,tak berbaloi pergi semata-mata untuk tu aje.kalau kebetulan ada hal lain,baru saya pergi.lepas siap kuning ni,macam yang sebelum-sebelum ni,saya akan buat kaitan ch han akan buatkan renda menggunakan benang biru tulah.dan macam yang merah bawah tu,benang biru akan saya sudahkan dengan benang putih.tu aya yang nak sebab dia kata nampak lain macam je kombinasi warna tu.
cari punya cari ingatkan buah apalah dalam plastik,rupanya benda ni.belum siap lagi.kena sambung buat.Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...