dah lama saya tak buat post.usaha ada,tapi kamera buat hal.ikutkan ada beberapa gambar untuk dikongsikan,tapi nampaknya kena uruskan kamera dululah.itu kena buat di bidor,perak.sekarang ni saya di rumah,itupun lepas dua minggu berkursus.dan ada lagi satu kursus sebelum puasa.sempatlah masuk kem dulu.rindukan kem kalau lama-lama tinggal.
dalam tempoh 2 bulan lagi suami akan berpindah ke kem batu 10,kuantan.mmmmmmmm penat nak berpindah.hari ni saya sudah kemaskan satu kotak besar pakaian.banyak lagi yang perlu disiapkan.kalau suami saya pindah,alamatnya saya pun akan pindah juga tempat kerja.cuma kena pastikan di kuantan nanti semua hal siap diurus,barulah boleh mohon untuk saya bertukar kem pula.dugaaannn.
kepada pengunjung-pengunjung,harap sabar untuk melihat gambar projek saya.mungkin 30.7 ni saya masukkan gambar.pelatih pun dah tamat latihan masa tu.22.7-28.7 saya akan berkursus di upsi.sebelum ni pun kat situ jugak.masuk u baliklah.
oklh.jumpa lagi.
teruskan berkunjung untuk dapatkan ilham.
Saya suka mengait,menyulam,menjahit dan banyak lagi asalkan ia kraf,kreatif.Jadi,blog ini adalah khazanah ilham untuk saya mengumpulkan hasil kerja tangan saya.Seronok bila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.Kepada yang berminat,teruskan mengunjungi blog ini untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan sebagainya.Diharapkan dengan adanya blog ini seni crochet/krusye ini akan melangkah setapak ke hadapan.In sha Allah.
Cari Blog Ini
Sabtu, Julai 16, 2011
Selasa, Jun 14, 2011
nak pergi sungkai dah
lama saya cuti................lepas ni,nak bergerak ke perak plak.apapun macam biasalah blog kena tengok dulu.insya Allah 17 atau 18.6.2011 saya balik ke rumah semula.barulah boleh tengok blog semula.
Khamis, Jun 09, 2011
projek lama di rumah mek di kampung
di bawah ini adalah kerja-kerja tangan yang saya buat.ada yanh hampir tujuh tahun saya buat.saya pun dah lupa bila tengok ianya menghiasi dapur.tanya pada mak siap yang buatkan,katanya sayalah.apapun seronok bila tengok ada guna jugak benda tu walaupun bukan dalam jagaan saya.jom tengok apa ada di rumah mek di kampung.
minnie mouse ini adalah jahitan manik.tarikh siapnya ada saya jahitkan di situ.
cari punya cari ingatkan buah apalah dalam plastik,rupanya benda ni.belum siap lagi.kena sambung buat.Sabtu, Mei 28, 2011
seminggu lepas saya beli beberapa peralatan mengait,menjahit.itu stok di kem.yang atas tu projek lama yang belum siap.sempat tambah sebaris je.benang putih tu hasilnya di bawah..........
ini saya kaitkan untuk kawan.untuk diletakkan di atas dashboard kereta barunya.dia nak saiz sejadah kecil.lama jugak tu nak siapkan.saya kaitkan star stitch.kat you tube ade videonya.yang ni dah lama siap,cuma baru je ambil gambar.saya tambahkan dengan bunga hitam.dalam page sarung kotak tisu bunga tak letak.masa tu bunga dah ada rasanya.
Sabtu, Mei 14, 2011
projek saya
kerongsang hari guru.

dah balik dari kursus,awal sehari jadualnya tamat untuk beri laluan dan persiapan pelatih plkn melapor.kesian dua-dua orang anak saya,fikirkan apa nak diberi kepada guru kelas masing-masing untuk hari guru.dapat idea,saya terus je ambil beg jerut,keluarkan bunga-bunga yang dah lama dikait.jahitkan pin,jadilah kerongsang.tak perlu kos untuk beli hadiah,buat sendiri jer.daun tak letak sebab ambil masa pulak,lagipun esok saya akan berangkat ke sungkai,perak untuk bekerja.apapun belum kemas lagi.penat kursus pn belum hilang...........
beg dayah
seperti yang dijanjikan,inilah beg dayah yang saya siapkan sebelum kursus.esok bolehlah bagi pada dayah, jumpa di kem.
Jumaat, Mei 06, 2011
ambil peluang
assalamualaikum.............
hehe.sempat juga berblog ni.kebetulan kawan sebilik ada bb.apo laie.............peluang...........masa kursus ni,saya sempat kaitkan sarung kotak tisu untuk fizai.yang dah siap tu tersalah warna,dia nak hitam pink.tak sampai hati plak nak bagi yang pink putih tu walaupun dia tak kisah.stok benang pink pun habis.jawabnya di rumahlah juga siapnya.
kepada yang berkunjung.........terima kasih diucapkan.
jumpa lagi.
hehe.sempat juga berblog ni.kebetulan kawan sebilik ada bb.apo laie.............peluang...........masa kursus ni,saya sempat kaitkan sarung kotak tisu untuk fizai.yang dah siap tu tersalah warna,dia nak hitam pink.tak sampai hati plak nak bagi yang pink putih tu walaupun dia tak kisah.stok benang pink pun habis.jawabnya di rumahlah juga siapnya.
kepada yang berkunjung.........terima kasih diucapkan.
jumpa lagi.
Isnin, Mei 02, 2011
kursus lagi
assalamualaikum.............
sebentar lagi saya akan bergerak ke kem plkn princess haliza,sepang sekali lagi untuk berkursus. rasanya inilah kursus terakhir sepanjang 3 bulan ni.kursus ini akan tamat pada 14.5.2011.lama jugak tu,12 hari.kursus ni biasanya penat sangat sebab saya selaku fasilitator akan melatih bakal-bakal jurulatih baru untuk plkn.semuanya akan bermula dengan 0.ianya bukanlah satu tugas yang mudah.tapi barisan fasilitator sama-sama akan menyokong antara satu sama lain untuk memastikan objektif kursus tercapai.
macam biasalah kalau kursus,satu beg saya akan berisi peralatan untuk mengait.bukan apa,kalau tak bawa,tiba-tiba ada masa terluang,bolehlah saya mengait.kalau tak mengait sehari rasa tertekan.gitu sekali.......buukan apa,mengait ni boleh hilangkan tekanan.agak-agak larat,sebelum tidur boleh juga mengait.dapat mengait sikit pun,jadilah.
kepada rakan-rakan yang selalu ke sini,teruskan kunjungan anda.mungkin dari sini akan timbul ilham untuk projek anda.
jumpa lagi................lepas 12 hari daaa............
Langgan:
Catatan (Atom)
Playlist Sarung Balang Tulip
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
Assalamualaikum. Rasanya bertahun ikhtiarkan untuk masuk semula ke blog ni. Dengan macam-macam perubahankan? Malam ni dengan izinNya, diperm...
-
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
Assalamualaikum. Corak viral. Selalu sangat lalu di facebook, jadi saya pun cubalah kait. Dah berjaya, saya buatkan video. Videonya untuk b...













