Cari Blog Ini

Selasa, Oktober 18, 2011

salam

kali ni bukan untuk kongsi latest punya projek.projeknya ada,tapi belum balik ke PD.dah 3 minggu tak balik,mingu lepas suami,mak mertua,anak-anak balik ke pasir mas,kelantan sebab nenek suami saya meninggal.seminggu jugaklah balik kampung,tapi saya di kemlah.

SAYA AKAN POSTING.

tu je nak bagitahu,mungkin kuantan,tak pun ipoh.kalau kuantan,saya pun akan posting.tapi kalau ipoh,saya kekal di kem.yang pasti mana pun postingnya,tetap kena kemas untuk pindah.waaaaaaa tak sanggup....................

Ahad, Oktober 02, 2011

penyakit berjangkit

tengah berusaha menyiapkannya



itu bukan tangan saya............suami sayalah tu.tengok apa dah jadi.penangan bini tu.bukan setakat bini mengait,menyulam.suami pun terikut sama.dah kena komplen bininya sebab ambil gambar senget.tak pe,tak pe,dah siap nanti saya letak canteeekk sekali.

projek saya pula belum siap,sarung kotak tisu kawan untuk perkahwinanya dengan sarung kotak tisu KPA,baru dapat benangnya.kat Perak tak jual jenama Wina.beli di PD jugak.nasib baik stok sampai.dah siap nanti,saya kongsikan di sini.


Sabtu, September 17, 2011

projek baru saya

senangnya dalam hati...............


kini menjadi hiasan di ruang tamu rumahku.kembang hidung orang puji cantik.hehe.asalnya nak masukkan satu lagi gambar sarung kotak tisu,tapi belum siap sebab stok benang di kedai habis.askar juga yang tempah,KPA.nanti saya masukkan bila dah balik ke PD semula,esok ke Sungkai daa.amik cuti anak UPSR.

Jumaat, September 09, 2011

bunga kait

sebenarnya saya diberikan tugasan sebelum puasa lepas.bulan puasa sibuk jugak siapkan tugasan.dan ada lagi tugasan kedua.sekarang ni pun tengah sibuk buat.esok dateline.tapi,dah penat buat tugasan,saya sempat juga mengait,maklumlah dah minat.bunganya dah lama saya buat.cuma baru malam tadi saya ambil masa untuk tengok apa jadi hasilnya.batang bunga tu saya kait single crochet.dalamnya dawai saiz 18.dawai saiz sama untuk kdua-dua bunga tu,tapi yang nampak beza sebab saya gunakan jarum kait saiz berbeza,kecil dan besar.niat di hati nak letak dalam pasu jadikan hiasan di rumah.kali ni saya datang kem saya bawa laptop sekali,di pejabat ada wireless.cari bahan untuk tugasan pun belum siap ni.



.

baju raya


lama simpan gambar ni,raya pun dah lepas.saiznya baju bawah tu kecil molek,baju mak mertua saya.saya jahitkan dua pasang.dia jelah yang specialnya sebab saya sempat jahit dua pasang.dan baju paling bawah tu fatin punya.saya buatkan baju pesak gantung dan kainnya saya jahitkan kain dayung.kain duyung ni,baru saya belajar macam mana nak buatnya.sibuk cari di internet.yang farisha pun sama dengan fatin,tapi gambar saya tak ambil.

ma's



fatin's

tips kaitan


memandangkan saya selalu berhadapan dengan masalah semasa mengait,jadi saya berjaya dapatkan penyelesaian untuk mengelakkan kaitan jadi memeri terutamanya untuk dijadikan tali beg.kebiasaan saya menggunakan kaitan single crochet (sc) untuk tali beg.dan saya akan kait seperti benang hijau dalam gambar ni.tak salah saya yang ni saya kait 7 sc dan pusing,kait lagi,pusing .itulah caranya.tapi,untuk mengelakkan tali daripada memeri,saya dapat idea dengan melawan arah kaitan.kaitan biru tu,saya kaitkan untuk tali beg kakak saya,saya kait 90 sc dan pusing.kait 90 sc,pusing,sampailah dapat saiz yang diidamkan.rasanya yang ni saya pusing 4 kali sahaja.kalau yang hijau tu memang berkali-kalilah pusingny.sampaikan menyampah pun ada sebab kena pusing je kerjanya.























Rabu, Ogos 17, 2011

mari tengok mari tengok



inilah dia yang saya bagitahu tempahan abang askar kor JLJ.nak beli benang ni,saya ajak suami sekali.saya tak arif hal-hal askar ni.jadi memandangkan suami saya pun askar juga,saya bagi tugas pilih warna benang kepada dia.tak pe pulak dia,selalunya susah.
petang ni saya ke setiawangsa,bermalam di rumah kawan,aya untuk pergerakan ke sungkai pagi esok.jumaat balik PD semula.abang askar tadi suami ayalah,sampai rumah dia nanti boleh serahkan.seronok dah siap.






Selasa, Ogos 09, 2011

belum siap lagi

assalamualaikum dan selamat petang semua.
nak tunggu siap tak tahu bila.jadi fikir-fikir nak kongsikan juga projek saya ni walaupun tak siap.tengah berusaha untuk siapkannya.

dress baby ni dah lama saya kait,cuma tak sempat siapkan.tengok-tengok tadi,rasanya yang pink tu mungkin dah tersalah kait.jadi,kena betulkan semulalah.kaitan untuk kedua-dua dress ni adalah berbeza untuk skirtnya.bahagian atas tu sama je. kalau nak tengok yang dah siap kat sini http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/booties.html



dan yang ni mesti pelik tengok warnanyakan.sebenarnya ini tempahan suami aya,kawan saya.suaminya tentera,kor JLJ.warna ni adalah warna logo JLJ.saya kehabisan stok benang kuning,sikit lagi nak siapnya.nak beli di PD,tak berbaloi pergi semata-mata untuk tu aje.kalau kebetulan ada hal lain,baru saya pergi.lepas siap kuning ni,macam yang sebelum-sebelum ni,saya akan buat kaitan ch han akan buatkan renda menggunakan benang biru tulah.dan macam yang merah bawah tu,benang biru akan saya sudahkan dengan benang putih.tu aya yang nak sebab dia kata nampak lain macam je kombinasi warna tu.




itu sajalah untuk kali ini,jumpa lagi.





Jumaat, Ogos 05, 2011

dah pun siap

salam semua.
siap juga akhirnya tempahan dayah ni.saya sudahkan untuk bahagian tepi dengan kaitan single crochet (sc).lepas ni ada tempahan 2 unit sarung kotak tisu plak.tapi kain pasang untuk baju raya pun belum buat apa-apa lagi. tengok http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/macam-macam-ada.html untuk melihat perkembangan projek ini.



jumpa lagi.





Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...