Saya suka mengait,menyulam,menjahit dan banyak lagi asalkan ia kraf,kreatif.Jadi,blog ini adalah khazanah ilham untuk saya mengumpulkan hasil kerja tangan saya.Seronok bila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.Kepada yang berminat,teruskan mengunjungi blog ini untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan sebagainya.Diharapkan dengan adanya blog ini seni crochet/krusye ini akan melangkah setapak ke hadapan.In sha Allah.
Cari Blog Ini
Isnin, Januari 23, 2012
Jumaat, Januari 06, 2012
Lama tak berkongsi
Assalamualaikum.
Rasanya agak lama saya tak buat post.termenung tak tahu nak buat ape,masukkan dua gambar di sini.jomlah jenguk.harap-harap jenguk-jenguk dapat juga idea.
Khamis, Disember 22, 2011
Bila sudah bosan
Assalamualaikum.
cuti sebulan di rumah,memerap di rumah je,habis benang-benang saya kerjakan.ada lagi yang saya tak masukkan.oklah, jom kita intai-intai...........
Dress untuk anak saudara baru
dress ni ada ton warna.benang jenama dan no warna sama,tapi berbeza.di sini ton tak nampak.nak tengok klik sini
Sarung telefon bimbit
yang ni dah lama saya kait.banyak dalam simpanan,cima butangnya terhad,di kuantan tak ade.di Perak baulah ada.yang ada dalam simpanan saya warna ungu,oren,hijau,tapi tak sampai seru nak masukkan kat sini sebab tak berbutang.jom tengok sini
Felt
rasanya yang atas dan yang tengah tu anda selalu tengok,tapi yang bawah tu mungkin tak pernah tengok,jadi mari sama-sama kita skodeng
Isnin, Disember 19, 2011
Belajar buat felt.
salam semua.dah lama tak masukkan 'berita' kat sini.selalu je ke blog,tapi malas nak ambil gambar masukkan sini.apapun di tengah-tengah malam ni,saya rasa nak pamerkan projek terbaru (belum siap) saya.cepat-cepat ambil gambar dan nak masukkan di sini sebab bunganya (hijau) tu menjadi,seronok bukan main rasanya.bunga ros tu,kelopaknya besar,tak puas hati,lepas ni kena perbaiki.
baru ingat!petang semalam saya ke kedai mini kraf di jaya gading untuk beli benang kait dan butang baju baby yang saya kait.sempat bersembang dengan tuan kedai,katanya di atas terminal bas kuantan ada jual baju-baju kait untuk baby.apalagi sambil-sambil tunggu mak(ma) dan anak-anak sampai saya dan suami sempat tinjau-tinjau,cari kedai(booth) yang dimaksudkan.jumpalah akhirnya,seronok tengok hasil kaitan yang dijual.tengok aje,tapi saya tak beli apa-apa.harga jualan pada saya amat berpatutan.baju baby girl yang baru lahir (agak-agak) tak salah rm18,booties/kasut dan beanie/topi rm 25.kasut dan topi tu dijual sepasang.jadi kalau ada sesiapa yang datang ke kuantan,bolehlah ke kedai tu.hand phone case pun ada,beg.selain tu juga,tempahan diterima.
tu jelah kot untuk kali ni,selamat mengait semua atau pun selamat berkraf semuanya,jangan tangan jadi keras udah le.okey,bye........
Isnin, Disember 05, 2011
baru baru baru
kerongsang saya
belum puas kait gabung warna,fikir-fikir jadilah macam atas tu.nak tengok lagi,jom klik http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/sarung-kotak-tisu.html
Ahad, November 13, 2011
sarung kotak tisu KPA dan JLJ
Assalamualaikum.
ini yang terbaru daripada saya,jom tengok http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/sarung-kotak-tisu.html

ini yang terbaru daripada saya,jom tengok http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/sarung-kotak-tisu.html

Jumaat, November 11, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Playlist Sarung Balang Tulip
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
Assalamualaikum. Rasanya bertahun ikhtiarkan untuk masuk semula ke blog ni. Dengan macam-macam perubahankan? Malam ni dengan izinNya, diperm...
-
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
Assalamualaikum. Corak viral. Selalu sangat lalu di facebook, jadi saya pun cubalah kait. Dah berjaya, saya buatkan video. Videonya untuk b...


