macam-macam ada......projek belum siap,projek lama,bunga kait,sulam benang,jahitan

Alatan Kraf

Semua barang ni saya beli semasa menghadiri bengkel di Hotel Grand Sentosa, JB yang diadakan pada 24-29 Mac 2014. Seronok bukan kepalang.



cantik butang-butang ni.hujung di kanan adalah jarum.kedai jual butang ni yang saya ingat DIY je.lokasinya di aras 1 blok hotel.


jarum kait di tengah tu pun beli di kedai DIY juga. selebihnya saya beli di Kedai Kraftangan Miracle, di aras bawah. kedai nilah 4,5 kali saya masuk. Peramah tuannya. Benang di sebelah kiri tu sebelum ni saya pernah beli semasa di Kedah, yang cap burung kakak tua tu,jenama chibikos.hasinya untuk daun bunga kuning ni. yang di kanan tu benang dari Jepun, cepat-cepat kait nak cuba benang luar. harganya RM19.00 sebuku. Saya kaitkan jadi bekas letak telefon menggunakan kaitan kerang @ shell stitch.Yang tengah kait tak siap lagi tu untuk bekas telefon Fatin. Bila mula kerja, tak cukup masa untuk mengait. Tapi daripada esok, 7-30/5/2014 saya cuti panjang, habiskan cuti tahun. tapi tak habis pun.Dan di tengah-tengah tempoh tu, saya dijangka berbengkel sekali lagi di Cherating.


saya tak pernah kait corak ni, tapi alhamdulillah, berjaya juga.


 


yang ni apa agaknya nama dia? jaring kot? dah lama saya mencari benda ni, di kedai miracle jumpanya.tapi jenis ni lembut, saya nak yang keras untuk buat beg. buku dah lama beli, tapi tak jumpa jaring. kalau nak buat beg, plastik jaring ni akan dipotong mengikut saiz yang kita nak, sambungkan dan dalam lubang-lubang tu, bolehlah dikaitkan corak yang dikehendaki.

Edging Selendang



Ada satu blog yang saya ikut, rasanya dari Turki, dalam blog tu banyak ditunjukkan gambar edging tudung. Daripada situlah saya berangan nak buat edging tudung untuk tudung dan selendang. Dan dalam seminggu nilah baru saya tahu ianya dipanggil tatting. Sempat juga belajar di you tube, bukan main susah sebab saya ni kidal. Tak menjadi, sudahnya saya kait je bunga untuk edging selendang tu.  Saya guna benang crosstitch, dalam gambar tu saya dah habiskan 2 gulung benang. Benang crocctitch tu dalam selembar ada 6 urat, jadi  saya bahagikan dua, maknanya saya siapkan corak di atas tu guna 4 lembar benang. Perlu ruang untuk tarik benang ni dan perlu sabar juga ya sebab tak kena gaya benang ni berpintal. Dan sekarang ni saya tengah cantumkan pada selendang dan perlu masukkan daun sekali. Tapi ada kejutan yang buatkan saya “alamak”. Siap selendang ni nanti, saya kongsikan di sini.

Poket Benang.





Banyak kain perca dalam simpanan saya, jadi lepas suami pergi kerja, apalagi ............masa untuk sepahkan rumah, yaye. Saya keluarkan semua plastik yang berisi macam-macam untuk cari kain perca. Daripada beli, benda dah ada, baik buat sendirikan? Saya guna kain je, lembut sikit bila diisi benang. 3 jam juga menyiapkan benda ni. Dah siap, kembanglah hidung, dan masa untuk memasak pula. Sekurang-kurangnya tak ketatlah laci mesin jahit tu...........


Bekas Telur/Buah


Insya-Allah muat untuk telur. Saya tak nak buat macam yang bentuk hati tu, sebab banyak sangat hujung benang yang perlu diselesaikan. Jadi fikir punya fikir, saya buatkan guna satu warna sahaja dan hujung benang  cuma ada 2 sahaja. Lepas ni tak perlulah nak susah-susah sembunyikan hujung benang tu.

Gambar –gambar yang di bawah ni pula untuk saiz buah, kalau letak telur tergolek ke luar. Nak kecilkan atau besarkan tu janji ada jarum kait yang pelbagai saiz.


Corak ni awal-awal dulu masa saya buat saya kait alas untuk diletakkan di atas rak buku. Corak ni double crochet selang seli. Yang boleh tercetus idea tu sebab saya nak buat kaitan yang nampak macam selang seli pada tikar. Sekarang saya inovasikan dan jadilah bekas kecil ni.


Yang ni cantik pada pandangan mata saya. Saya gunakan kaitan crocodile stitch, saya panggil kaitan sisik buaya.


Ini pula kaitan basket weave, corak ni pun berselang seli, nampak macam anyaman sebab tulah dinamakan macam tu agaknya.

 Bunga Manik



yang ni ma beli dengan jiran.tak salah kraf ni berasal dari Sabah/ Sarawak.saya panggil bunga manik. seronok tengok manik berkilau-kilau.ma cakap ramai isteri askar yang buat bunga manik ni.




dan yang ni pula betul-betul mengganggu kerja jahit baju raya.yang ni saya buatkan untuk mek.12/8/2013 saya serahkan kepada mek sebelum bergerak balik ke Kuantan. hari tu saya bangun awal, terus siapkan lilitan dawai kuning untuk 3 kuntum terakhir. biras pula bancuh simen dan suami pula tolong gubah/pacak dalam pasu yang diisi simen. susah jugak nak gubahnya sebab hujung dawai dalam pasu tu dibengkokkan.bila tarik yang dah letak awal-awal, semua terangkat. rumah mek dalam proses ubahsuai,dinding belum cantik. beraya dalam rumah yang dalam proses ubahsuai.


Kreativiti


ce teka yang nampak kaki tu ape bende? haha, tulah iron board. di sebabkan nak raya, saya potong kait di atas lantai tulah. sempit je ruangnya. penat pun ya sebab bila duduk, kena bergerak untuk potong/ lipat/ betulkan kain.disebabkan nak potong kain banyak, maka timbullah idea ni.yang bahagian atas tu ape pulak?aaaaaaaa, yang tu papan lapis (plywood).ajak suami nak cari plywood ni. pekerja kedai hardware cadangkan ke kedai buat perabot je sebab mahal kalau beli sekeping,lagipun bila nak potong plywood ni pun ada kos tambahan. pergi kedai perabot dapat papan ni dengan harga rm 12 je,berbaloi.tepi tu saya lekatkan maskin tape kain yang biasa kedai fotostat buat binding.jug tu hehe, x kemas lepas buka puasa.

Bila Nak Siap Ntah??


baju melayu suami saya setakat tu je berjayanya.belum 100% siap terutamanya seluar. baju ni saya kena jahit sikit lagi bahagian tetulang depan tu. baru tahu kaedah kecilkan jarak jahitan. potongan kain dah boleh nampak sebab jahitan besar. tapi bila tengok di you tube, rupanya ada gam untuk kain.jadi bentuk v tetulang tu kemas sebab melekat kerana gam.

Kepala Langsir 


tulah mesin jahit baru saya.reben tu saya nak sulam untuk tali pengikat langsir nanti. kain kosong lebih tu ada lagi.rasanya dengan kain tulah saya akan sulam reben 


sampai sini, semua dah dijahit


langsir ni ada 4 lapis


semalam, 15/8/2013 saya dan suami pasang kepala langsir ni. jadi, cukuplah geng langsir di rumah kami.alhamdulillah, nampak juga hasilnya.sekadar tengok buku tu.jangan pelik pula dengan rekaan rumah tu. dinding rumah kami sebelah atasnya memang berlubang.

 SIAPPPP


tak tahulah apa masalahnya dengan blog saya ni.jadi ciput je.entahlah tertekan apa yang jadi salahnya. puas jegil mata nak edit.kalau ada sesiapa tahu,mungkin boleh membantu.

jadi,inilah hasilnyan selepas kira-kira 4 bulan saya berusaha,ditambah dengan kerja yang memang cukup sibuk.yang menempah ni namanya sue.asalnya dia nak 800 unit.tapi setelah usaha bersungguh-sungguh,haaa hanya 500 yang saya berjaya siapkan,optimum dah.semalam suami saya pos.rasanya hari ni dah sampai.nasib baik di temerloh je.


Tempahan Bekas Telur Kait


Dah lama tak 'bersiaran'. Esok saya akan ke Telok Chempedak untuk Program My Beautiful Malaysia. Lepas ni nak kiwi kasut spike boot pulak, jadi terfikirlah sebelum kiwi kasut tu, nak masukkan tempahan bekas telur ni. Leka-leka mengait dulu sebelum kiwi kasut.

Ini tempahan Suzie untuk majlis bulan 5 nanti. Dia nak 400 warna putih, 400 warna merah. Banyak lagi kena kait. Setakat ni baru 100 siap. Yang putih 4 ikat, merah 1 ikat (20 unit 1 ikat). Yang sebelah kanan tu saya kait sebelah dulu, agak-agak boring, baru lah saya kait dan cantumkan sebelah lagi. Boleh tahan jugak ponetnyo. Tapi,selalu kena  ingat usaha tangga kejayaan dan rezeki takkan datang bergolek.


Bekas Telur Kait


Tak tahu nak buat apa, bosan sangat, otak berfikir-fikir nak buat apa ya??? Tengah-tengah fikir mentol menyalalah. Cari stok benang lebih dan terhasillah satu lagi bekas telur yang senang dan mudah. Kedua-dua bekas telur ini saya gunakan kaitan yang sama, tetapi disebabkan benang biru nipis berbanding benang coklat, jadi saiznya berbeza. Saiz ini betul-betul muat sebiji telur. Akan datang saya mahu kait untuk bentuk bulat pula di bahagian tapak, jadi bahagian badan pun akan ikut tapak jugalah. Insya-Allah, saya akan kongsikan. 


Baru belajar kait


Kopiah-kopiah ni saya baru cuba-cuba buat.Nak biasakan diri dengan corak ni.Meh kita sama-sama tinjau





baru berjaya kait 4.


untuk Haikal,anak saudara.yang dia dah ada,tentu kena kait untuk anak-anak buah yang lain,ramai tu.



yang ni saiz dewasa.siap kait,letak di kepala suami,ngam pulak.jadi secara automatik kopiah ni dia yang punya.saya berangan nak kait satu sorang untuk adik beradik, ipar bagi saiz dewasa ni.


ni yang pertama saya kait.sebab tu bawahnya putih je.cuba-cuba,maklumlah.dah siap yang ni,barulah saya cuba letak corak,abjad pulak.Kalau anda nak cuba kait bolehlah ke sini.

What is kopiah is all about, let's see

Untuk Perkahwinan Adik Bongsu.





Alhamdulillah,selamat sudah majlis perkahwinan adik bongsu saya. Setelah tahu warna tema untuk perkahwinannya,saya terus capai benang dan jarum,mereka bekas telur.Saya sempat siapkan 50 sahaja. Lagi pun kenduri keluarga kami buat kecil-kecilan sahaja.jom tengok sekitar majlis perkahwinan adik saya.Lepas ni tingal sorang je anak bujang mek.Terfikir juga,mesti meriah kalau dia kahwin nanti,sebab itu perkahwinan terakhir adk beradik saya (insya Allah) 

click to get more information on this topic


Sudah Siap




Alhamdulillah,siap sudah tempahan.yang ada pink tu gambar yang bawah tu.dan yang merah 6 kuntum tu paling baru.

Ros Lagi



yang ni pun orang yang sama juga tempah,yang tempah ros bawah tu,nak warna merah pink.katanya untuk anak-anaknya berikan kepada guru masing-masing sempena Hari Guru.ada lagi yang dia nak warna merah,6 kuntum.

Ros





Pukul 1 pagi saya berjaya siapkan setelah beberap hari berusaha menyiapkannya Tempahan ini.termasuk dengan set baby yang dia tempah,fuhhhh banyak hari jugak nak menyiapkannya.kat sini pula nak tengok set baby tu.


Tudung Sulam Untuk Fatin





malas betul nak siapkan tudung ni.kainnya dah bertahun dibeli,masa tengah popular tudung sulam.saya buatkan khas untuk Fatin.bila ntah nak siapnya.sulaman ni namanya straight stitch.tengah-tengah bunga tu,saya nak masukkan french knot.tengoklah mana yang sesuai.

Bekas Telur





tadi tergerak hati sms adik tanyakan bila tarikh perkahwinannya,katanya raya puasa nanti.saya pun dapat idea untuk buat bekas telur untuk perkahwinanya nanti.sudah lama berangan nak kait bentuk hati ni.design orang banyak di internet, tapi saya lebih suka design sendiri.seronok sebab berjaya juga buat bekas telur ni.warna tema putih dan biru.tapi memandangkan warna biru tak ada saya cuba-cuba buat dan yang ada pemegang tu yang dah siap.saya buat dua keping,depan dan belakang.dua-dua putih.insya-Allah akan saya kongsikan dalam page tutorial.senang je nak buatnya.

Siap pun




rasanya saya tak kreatif untuk buat felt.jadi.itulah yang siap.anak-anak pun tak nak tambah apa-apa dah.fatin banyak buatkan bunga.senang je dia boleh faham.felt fatin dan farisha kedua-duanya 100% felt.saya punya paling bawah tu.bunga ros untuk kedua-dua belah saya sulam guna benang cross stitch.rasanya kalau saya buat felt akan datang,saya akan guna teknik sulaman.kain felt tak menggelembung macam sulam bunga di kain tudung.senang nak buat.jadi,kalau lepas ni sesiapa pandai menyulam,bolehlah buat selaman felt pula.

felt


sudah dua hari saya mula berjinak-jinak menbuat felt.cuti lama,mak,anak-anak tiada di rumah,balik ke kampung.nak mengait pulak benang habis,kat kedai pun tak de stok.baru semalam jumpa benang yang saya mahu,beli 5 buku terus.tak ada orang di rumah tekanan jugak.

felt ni saya buatkan untuk diri sendiri,bunga dah ada tu.kertas atas tu acuan untuk bentukkan bunga.bahan -bahan felt dah lama beli,tapi nak mulakan tu ambil masa sebab mengait.siapkan mana yang tak siap.saya dah siapkan dua untuk anak-anak.tapi masih kosong sebab belum berhias apa pun lagi.lagi pun baru malam semalam mak,anak-anak sampai ke rumah.petang semalam suami beria-ia memberi idea dan melakar nama anak-anak,tapi..............sekerat jalan je.saya ni jenis yang lambat tidur malam,tu yang jadi bunga tu.esok budak berdua tu tengok gerenti dengki tu.

nanti dah siap saya masukkan gambarnya ok.

kerongsang bunga kait.

saya kait khas untuk diri sendiri sempena malam penutup PLKN pada 30/11/2011 baru-baru ni.belakang tu sarung kotak tisu yang sempat saya reka selama kira-kira tiga minggu di kem.daripada termenung ingatkan kekanda di rumah,saya ambil jarum,benang,buku,pen haaa........tulah hasilnya.jom tengok.









sayalah tu.tu dia kerongsangnya.kembang hidung orang puji dahlah badan pun kembang.kutuk diri sendiri tuuuu.tema merah hitam.beli baju pulak tak sanggup saya nak pakai,sudahnya pakai baju yang sedia ada.

kait gabung warna


nilah keperluan untuk kait gabung benang ni,mungkin ianya  crochet thread,kalau salah betulkan saya.gabung warna yang saya maksudkan macam di kanan tu.yang saya buat ni entah yang ke berapa,banyak juga.seronok juga berlatih mahirkan tangan.


dalam gambar ni,benang hitam tu saya akan kaitkan kaitan dc.jadi sebelum kait benang hitam,benang hijau tu kena tarik untuk pastikan kaitan nampak kemas,kalau tak tarik nampak kembang dan longgar.dan semasa benang hitam dikait,pastikan benang hijau berada di dalam kaitan benang hitam dan begitulah sebaliknya.





banyak sangat gambar,saya dah lupa apa fokusnya.tapi,yang sahnya adalah cara untuk kendalikan dua benang.untuk memudahkan anda mengait,pastikan benang-benang ini,dijarakkan antara satu sama lain.kalau saya,satu di bahagian hadapan dan satu lagi di kiri saya.nak tahu apa akan jadi kalau letak benang-benang tu berdekatan?benang-benang tu akan berpintal-pintal dan masa nilah kesabaran diuji.kalau dah berpintal,kena rajinlah pusing benda yang dikait tu untuk leraikan pintalan benang tersebut.jadi,setelah saya bengang dengan benang-benang yang nak 'berpelukan' ni dapatlah idea macam atas tu,letak jauh-jauh.
kotak pensil



ini hasil kedua kaitan gabung warna yang saya buat.asalnya nak buat bekas untuk letakkan bekas air.bukan apa.bolehlah bergaya ke kelas dengan benda ni,tapi...........adussss.........kecillah pulak.dan saya jadikannya kotak pensil.hasil pertama macam biasalah ada kekurangan dan kaitan yang saya hasilkan selepas siapkan kotak pensil ni,saya beri penambahbaikan.antaranya besarkan saiznya.tapi saya belum cantum bahagian kiri dan kanan.macam atas tu,asalnya dah plan cantik dah,nak bagi warna tetap berselang seli selepas sambungan zip tu,tapi leka sangat agaknya,sampaikan tak perasan warna sebelum dan selepas zip sama.kalau anda berminat nak tengok yang seterusnya,tungguuuuuuu. 


LOGO KOR PERKHIDMATAN DiRAJA





macam mana  boleh terfikir di benak fikiran suami saya ni?ceritanya gini,dia tolong kawannya untuk berpindah.masa angkat barang-barang dia ternampak logo ni.tapi dia tak tahu apa jenis seninya.saya agak kalau cross stitch mesti susah.lepas tu saya beritahulah kaedah sulam cucuk-cucuk jarum ke bawah kain ni.saya pun agak-agak jugak ini adalah seni sulaman.atas sebelah kiri tu jarum,masukkan benang dari atas terus ke hujung jarum dan bolehlah mulakan sulamnya.

petang semalam kami ke kedai benang,asalnya nak beli benang kait saya je,sudahnya dia ikut senyap-senyap.alang-alang dia dah masuk kedai,saya pun suruhlah dia pilih benang.lepas tu beli kain.jarum dah lama beli.masa nak beritahu dia gambaran sulaman nilah.malam tadi kami berdua print logo dari laptop,tekap atas kain guna kertas karbon dan sulam.hari ni celik je mata,terus saja suami saya sambung menyulam.penat,bersandar sekejap,sambung pulak.saya pernah siapkan satu projek masa di universiti dulu,gambar bunga.tak sabar-sabar tu suami saya nak siapkan logonya.benang warna hitam tak de.ada bagi cadangan kepada dia saya akan poskan dari Perak,malam ni ke Perak.

gambar ketiga tu,suami saya nak juga masukkan kat sini.ikut jelah.petang tadi,sempat dia buatkan frame sebab ram tu tak muat untuk siapkan keseluruhan corak.dah siap nanti,saya masukkan.ini percubaan je.warnanya pun tak sama dengan warna sebenar.

BERJAYA JUGA SAYA SIAPKAN


petang tadi baru betul-betul siap setelah saya siapkan dua tangkainya.sebabnya benang hijau habis,kat kedai pun tak de,alih-alih tengok dalam kotak di rumah,ada plak.saya pesan pada suami,kalau rindukan saya,tengoklah bunga ni.esok saya ke Sungkai.kalau dah ke sana,agak terhad masa untuk saya tengok blog.lagipun laptop di rumah.akan datang saya akan buat tempahan kawan saya untuk perkahwinannya,dia nak sarung kotak tisu merah putih,macam yang dah ada tulah.



BUNGA KAIT





sudahnya baru puas hati tengok hasil bunga ni.angan-angan nak hiaskan ruang tamu untuk raya baru ni,tapi tak kesampaian.bunganya dah lama siap,cuma tak cantumkan saja.apapun,saya cukup seronok melihatnya.ada lagi yang belum siap,yang ni sekadar cuba-cuba.harap-harap meriahlah ruang tamu rum h nanti.pada saya yang agak mencabar buat bunga ni adalah semasa kaitan di batangnya sebab dawai tu lurus,susah nak gerakkan jarum.yang ni daun tak ada sebab saya tak sabar-sabar nak tengok hasilnya.tapi untuk ros tu saya memang dah ada kait.bunga putih tu,belum buat lagi daunnya.sekadar membayangkan sahaja dulu bentuk daunnya.

baju raya fatin



baju raya ma.




bunga kait jugak






yang ni gambar lama.sebahagiannya  daripada bunga ni masih ada dengan saya

cuti di kampung,geledah


lebih kurang 10 hari balik ke kampung sempat saya geledah barang-barang saya.cari,cari...........jumpalah............projek ini macam cross stitch,tapi guna manik.seperti tertera di situ,tarikh saya siapkannya adalah pada 27.9.2004.hampir 7 tahun dah.










akhirnya,barang-barang yang saya beli...............dayah minta saya buatkan alas untuk dashboard keretanya.nak saiz sejadah kecil je.tapi sabar jelah,benang kecil.

gambar di sini saya masukkan berperingkat-peringkat, bolehlah tengok perkembangan projek satu persatu.kalau anda perasan,saya ada tandakan dengan benang berwarna pink.saya kena tambahkan kira-kira 18 baris lagi,kemudian saya plan untuk buatkan renda tepi.sekarang ni,saiznya lagi besar sebab saya dah gunakan benang kedua dah.siap penuh nanti saya masukkan gambarnya.

paling atas tu yang dah siap,dan bawahnya tu jarak dekat untuk tengok coraknya,



untuk cikgu anak-anak sempena hari guru.




ini saya berangan-angan nak jadikan selimut baby.tapi projek tergendala sebab tak jumpa  benang warna coklat dan peach tu.benang tu adalah lebihan benang yang saya buat bakul telur http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/milikku.html untuk perkahwinan saya.selimut ni adalah kaitan jarum dua,iaitu kaitan stockinett stitch.saya masih baru lagi dengan jarum dua ni.


headband ni saya buat untuk anak saudara,Ati namanya.ianya gabungan 3 jenis kaedah iaitu purl untuk headband,crochet untuk bunga dan daun tu saya jahit.ada lagi yang tak berganjak dari jarum.tak siap-siap.dah siap nanti saya masukkanlah.


                                                                                








rama-rama tanpa kepala.belum ada idea yang paling baik untuk bahagian kepala rama-rama ni


ini adalah antara projek yang saya siapkan.semuanya tu sekadar nak cuba-cuba.jadilah pulak.




ini tudung sulaman tangan,asli sulaman tangan saya.tudung ni saya sulam untuk hantaran perkahwinan saya.sayang pulak nak pakai selalu.






sedihnya tengok buku ni.buku ni saya ambil tanpa pengetahuan kakak,dia yang punya.masa tu saya baru pandai mengait jarum satu.dapat masuk universiti,saya sempat buat salinan buku ni di perpustakaan II usm penang.lepas tu dah kerja buku tu di rak buku,di kampung.apalagi......seronoklah anai-anai and the geng,makan buku tu.maklumlah benda tu dia boleh makan 24 jam.tapi nasib baik yang salinan ada.kalaulah ada buku ni di pasaran,nak beli untuk ganti.





alhamdulillah berjaya juga akhirnya,walaupun lewat sikit. pongok craft telah menganjurkan projek kebajikan bertemakan back to school..di atas tu adalah hasil kerja saya untuk anak2 yatim.insya Allah,esok akan saya poskan.kesian adik-adik tu........

latest,projek ni dah pun sampai kepada penganjurnya,tengok-tengok,tak perasan ada sekali dengan projek-projek lain yang didermakan oleh insan-insan yang baik hati untuk adik-adik.nilah dia projek saya,dalam banyak-banyak gambar tu,adalah nampak.



di bawah gambar ini saya tunjukkan projek yang terhasil daripada gambar kaitan di atas


corak ini adalah kaitan jarum dua,ini teknik raspberry stitch.tak nak sambung buat dah,jadi kebetulan tengok radio banyak sangat habuk,saya pun siapkanlah projek ni,dan jadikan ia alas radio,kuranglah sikit nanti habuknya.


lama jugak projek ni tergendala.sudahnya saya putuskan untuk dijadikan headband untuk diri sendiri.bunga tu adalah kaitan jarum satu.


ini pula bantal untuk cucuk jarum peniti semasa menjahit.projek ini saya buat setelah melihat contoh di dalam buku,buku orang Malaysia kita.judul buku itu ialah Kait Jarum Dua oleh Zainon Mohd Nor Al-Yunani.saya gabungkan dua warna iaitu putih dan pink.masa menjahit saya guna untuk cucuk peniti/pin.



5 ulasan:

RODIAH HAMID@IBRAHIM berkata...

salam...sy pon mcm kak jugak..byk betul projek yg lom siap, dok sibok siapkan org len jer, diri sendiri lom jugak siap..huhuhu

raktamrittika berkata...

setuju setuju.akak kalau sendiri punya projek,ikut mood gak.kalau orang punya nak tak nak kena buat.

sis D berkata...

Nk tnya brapa upah untk alas meja kopi ye...bkn ape akk dpt tmphan ni tp x tau nk charge...

sis D berkata...

Brapa upah untk alas meja kopi skrg ye...akak dpt upah ni tp x tau charge...

raktamrittika berkata...

tak boleh nak agaklah.boleh jenguk2 blog lain jugak,mana tahu nanti dapat jawapan.