Yang terakhir jadi tahun lepas.Memang betul bom jangka. Dah 4 kali aku sakit maknanya dah 4 tahun. Setahun sekali memang akan sakit.Rasa sakit perut senggugut mula hari rabu,tapi yang sahnya datang bulan petang khamis. 2 hari sakit perut.Semalam, Jumaat dan hari ni aku cuti.Semalam sempat juga scene berguling-guling menahan sakit.Hari ni pula pengaliran yang tenat. Sabar jelah. Sempat 2 kali aku bertungku, buat sendiri je, segan nak mintak tolong ma. Suami pula di Jengka,seminggu.Isnin baru balik. Sedih juga, kalau sakit dia tak de.
Ikutkan hari ni kena bawa budak-budak ke Perasmian Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri.Tak tahulah kalau aku pergi, entah apa jadi agaknya. Silap-silap aku pula yang pengsan.Tak dinafikan bila darah keluar banyak rasa macam lemah, takut. Esok aku kena kuatkan semangat sebab duty. Lagipun esok lawatan keluarga, mesti ramai keluarga pelatih datang melawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan