Cari Blog Ini

Isnin, Disember 19, 2011

Belajar buat felt.


salam semua.dah lama tak masukkan 'berita' kat sini.selalu je ke blog,tapi malas nak ambil gambar masukkan sini.apapun di tengah-tengah malam ni,saya rasa nak pamerkan projek terbaru (belum siap) saya.cepat-cepat ambil gambar dan nak masukkan di sini sebab bunganya (hijau) tu menjadi,seronok bukan main rasanya.bunga ros tu,kelopaknya besar,tak puas hati,lepas ni kena perbaiki.

baru ingat!petang semalam saya ke kedai mini kraf di jaya gading untuk beli benang kait dan butang baju baby yang saya kait.sempat bersembang dengan tuan kedai,katanya di atas terminal bas kuantan ada jual baju-baju kait untuk baby.apalagi sambil-sambil tunggu mak(ma) dan anak-anak sampai saya dan suami sempat tinjau-tinjau,cari kedai(booth) yang dimaksudkan.jumpalah akhirnya,seronok tengok hasil kaitan yang dijual.tengok aje,tapi saya tak beli apa-apa.harga jualan pada saya amat berpatutan.baju baby girl yang baru lahir (agak-agak) tak salah rm18,booties/kasut dan beanie/topi rm 25.kasut dan topi tu dijual sepasang.jadi kalau ada sesiapa yang datang ke kuantan,bolehlah ke kedai tu.hand phone case pun ada,beg.selain tu juga,tempahan diterima.

tu jelah kot untuk kali ni,selamat mengait semua atau pun selamat berkraf semuanya,jangan tangan jadi keras udah le.okey,bye........






Ahad, Oktober 30, 2011

assalamualaikum,salam sejahtera semua.

sudah lama nak kongsikan gambar ni,namun apakan daya sibuk sangat uruskan perpindahan saya dan keluarga.projek-projek ini pun sempat saya buatkan walau pun sibuk,tapi,boleh dikatakan semuanya saya buat di kem.


kotak pensil.
cuba-cuba buat sebenarnya,jadi pulak.untuk kotak pensil,ini yang pertama saya buat,saya dah siap guna dah.walau bagaimanapun,biasalah,bila pertama kali buat,ada silapnya dan kaitan seterusnya saya dah pun berikan penambahbaikan.cuma belum cantum lagi.ada sedang menunggu.nak tengok lagi jom tengok http//raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/macam-macam-ada.html


saya beri kepada intan

sebenarnya,inilah hasil kaitan pertama saya menggunakan kombinasi dua benang ni.perlu kemahiran juga untuk kendalikan benang tu.biasanya,projek pertama yang saya hasilkan saya akan simpan,tapi yang ni saya beri kepada kawan sebilik saya di kem,intan namanya.tengok lagi di http://raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/sarung-telefon.html


tempahan yati untuk perkahwinannya


yang ni dah lama siap,cuma belum poskan kepada tuannya lagi.dah sibuk berpindah.yati akan kahwin hujung bulan ni.jom tengok sini http//raktamrittika-hobiku.blogspot.com/p/sarung-kotak-tisu.html

Selasa, Oktober 18, 2011

salam

kali ni bukan untuk kongsi latest punya projek.projeknya ada,tapi belum balik ke PD.dah 3 minggu tak balik,mingu lepas suami,mak mertua,anak-anak balik ke pasir mas,kelantan sebab nenek suami saya meninggal.seminggu jugaklah balik kampung,tapi saya di kemlah.

SAYA AKAN POSTING.

tu je nak bagitahu,mungkin kuantan,tak pun ipoh.kalau kuantan,saya pun akan posting.tapi kalau ipoh,saya kekal di kem.yang pasti mana pun postingnya,tetap kena kemas untuk pindah.waaaaaaa tak sanggup....................

Ahad, Oktober 02, 2011

penyakit berjangkit

tengah berusaha menyiapkannya



itu bukan tangan saya............suami sayalah tu.tengok apa dah jadi.penangan bini tu.bukan setakat bini mengait,menyulam.suami pun terikut sama.dah kena komplen bininya sebab ambil gambar senget.tak pe,tak pe,dah siap nanti saya letak canteeekk sekali.

projek saya pula belum siap,sarung kotak tisu kawan untuk perkahwinanya dengan sarung kotak tisu KPA,baru dapat benangnya.kat Perak tak jual jenama Wina.beli di PD jugak.nasib baik stok sampai.dah siap nanti,saya kongsikan di sini.


Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...