Saya suka mengait,menyulam,menjahit dan banyak lagi asalkan ia kraf,kreatif.Jadi,blog ini adalah khazanah ilham untuk saya mengumpulkan hasil kerja tangan saya.Seronok bila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.Kepada yang berminat,teruskan mengunjungi blog ini untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan sebagainya.Diharapkan dengan adanya blog ini seni crochet/krusye ini akan melangkah setapak ke hadapan.In sha Allah.
Cari Blog Ini
Khamis, Oktober 25, 2012
Isnin, Oktober 01, 2012
Baru Kait.
Assalamualaikum,salam sejahtera,salam satu Malaysia.
Rasanya dah sebulan saya tak buat post.Benda ada,tapi kekangan masa menyekat saya untuk lepak lama-lama di blog ni.
Walau pun sibuk,jari-jemari saya tetap jugak bertemankan jarum kait dan benang.Jom kita tinjau
nak tengok kopiah ni tengok sini
dan booties dengan headband ni pula mari ramai-ramai singgah sini
Rabu, September 05, 2012
Lepas Dah Penyakit Malas
Assalamualaikum.
lama saya tak post perkembanganbaru kait mengait ni.hari ni setelah lebih sebulan,barulah rasa rajin nak buat post,tu pun sebab esok mula kerja semula.
lama saya tak post perkembanganbaru kait mengait ni.hari ni setelah lebih sebulan,barulah rasa rajin nak buat post,tu pun sebab esok mula kerja semula.
ni bekas telur kait,nak tengok sini
ni pulak sarung kotak tisu,tengok sini pulak
Jumaat, Ogos 03, 2012
Khamis, Julai 26, 2012
Selasa, Julai 17, 2012
SUKMA XV PAHANG
Assalamualaikum semua.
sebagaimana yang dijanjikan,walau pun agak lewat.Jadi di sini saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua.Di stadium ni,saya difahamkan yang membuat persembahan pembukaan ada 2000 lebih peserta. Dan pada saya,saya amat berbangga kerana saya salah seorang daripada angka itu.Jadi,mari kita tengok gambar
ini adalah segmen 1.penglibatan murid-murid sekolah dan uitm. Yang paling hampir tu adalah pasukan gendang.
pengarah persembahan ni adalah Rosli Selasih,sebelah pentas bulat tu,baju merah.
kedudukan saya dan pelatih kem di sebelah kiri gambar.dan di depan, paling kanan adalah tempat saya.tapi, dalam gambar ni, saya tak beraksi sebab kaki kejang.
saya dan kawan-kawan. ramai-ramai ni 2 orang je yang 'melompat' atas padang, saya dan yang disebelah kanan saya.
saya yang ambil gambar ni,cuba tengok di sebelah kanan gajah, ada 2 orang je pelatih. sepatutnya 4 orang termasuk saya, dan seorang lagi pelatih mc. kat sini kami berempat akan angkat seorang pelatih. masa ambil gambar ni,tersentuh hati tengok budak berdua tu sebab kaki saya kejang.
gambar ni petang 7.7.2012.tulah costume kami.t-shirt biru
tengok muka saya,gelap sakan sebab lama berjemur.saya ni jenis yang tak suka nak tutup-tutup.orang lain kepala,muka tutup semua.saya selamba je. pakai topi, berlari, topi jatuh.sudahnya golaplah.
sebenarnya dah 3 hari saya usahakan untuk post ni dan nak masukkan video pembukaan SUKMA,tapi tak dapat.kalau dapat nanti saya masukkan semula.
setelah berusaha inilah video SUKMA XV 12
Rabu, Jun 27, 2012
berita terbaru saya
assalamualaikum semua.
hari ni baru selesai pilot project.dan kira-kira 3 minggu nilah saya tak boleh melayan kerja mengait.tentu anda tak percaya,saya akan membuat persembahan pembukaan SUKMA bersama-sama pelatih PLKN.sakit,lenguh semua badan,jalan pun terkangkang-kangkang.tapi seronok sangat.esok kami akan menjalani latihan di stadium.
sebenarnya saya kena menghadiri mesyuarat di hq JLkn.saya dah buat keputusan untuk menyertai SUKMA.saya nak menyumbang dalam bentuk lain pula.nantikan saya di kaca tv anda.giiiituuuuu.
insya Allah,saya akan masukkan gambar nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)
Playlist Sarung Balang Tulip
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
Assalamualaikum. Rasanya bertahun ikhtiarkan untuk masuk semula ke blog ni. Dengan macam-macam perubahankan? Malam ni dengan izinNya, diperm...
-
Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang bi...
-
Assalamualaikum. Corak viral. Selalu sangat lalu di facebook, jadi saya pun cubalah kait. Dah berjaya, saya buatkan video. Videonya untuk b...
















