Cari Blog Ini

Isnin, Disember 03, 2012

Video

Assalamualaikum.

Lama saya menyepi kerana kesibukan. Bukan tak ada benda untuk dikongsi, tapi sibuk.Dalam tempoh sebulan saya dah pergi ke 2 kursus di Kuala Nerang dan Pulau Langkawi. Balik daripada kursus pula, perlu buat persiapan untuk penutup latihan budak-budak.Mula jumaat lepas,bos bagi cuti 4 hari. Masa yang ada inilah saya godek-godek blog,youtube. Esok akan mula kerja. Kerja perlu dihabiskan untuk dapatkan ISO. Lepas tu,kena kursus balik di Temerloh daripada 8-15/12/2012.Cuti banyak lagi tu........tak sempat dah nak cuti-cuti Malaysia. 

Baiklah, itu bukan topik utama saya di sini. Yang utamanya adalah, saya telah memuatnaik dua video yang saya hasilkan ke youtube.Video tu sebenarnya sudah lama saya rakam, tapi nak terbitkan banyak yang perlu saya tahu bermula dengan movie maker,nak muatnaik pun sampai berhari-hari sebab lambat sangat prosesnya. Awal-awal saya rekod video tu pun banyak cabarannya. Laptop lama, kamera asing, kamera pu klip dah tercabut tentu tak boleh nak klip. Fuuuhhhhh,macam-macam

Banyak celoteh pulak ya?? bagi anda yang ingin melihat video saya,klik sini. Harap ianya membantu. Dan saya juga perlu beri penambahbaikan untuk video saya.

Khamis, Oktober 25, 2012

Isnin, Oktober 01, 2012

Baru Kait.


Assalamualaikum,salam sejahtera,salam satu Malaysia.
Rasanya dah sebulan saya tak buat post.Benda ada,tapi kekangan masa menyekat saya untuk lepak lama-lama di blog ni.
Walau pun sibuk,jari-jemari saya tetap jugak bertemankan jarum kait dan benang.Jom kita tinjau 


nak tengok kopiah ni tengok sini



dan booties dengan headband ni pula mari ramai-ramai singgah sini

Rabu, September 05, 2012

Lepas Dah Penyakit Malas

Assalamualaikum.
lama saya tak post perkembanganbaru kait mengait ni.hari ni setelah lebih sebulan,barulah rasa rajin nak buat post,tu pun sebab esok mula kerja semula.


ni bekas telur kait,nak tengok sini


ni pulak sarung kotak tisu,tengok sini pulak

Jumaat, Ogos 03, 2012

Tempahan Baru

Assalamualaikum.
Jom tengok apa yang ada untuk kali ni


 nak tengok yang ni klik kat sini


dan sarung kotak tisu ni pula,tengok di sini

Khamis, Julai 26, 2012

Selasa, Julai 17, 2012

SUKMA XV PAHANG

Assalamualaikum semua.
sebagaimana yang dijanjikan,walau pun agak lewat.Jadi di sini saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua.Di stadium ni,saya difahamkan yang membuat persembahan pembukaan ada 2000 lebih peserta. Dan pada saya,saya amat berbangga kerana saya salah seorang daripada angka itu.Jadi,mari kita tengok gambar


ini adalah segmen 1.penglibatan murid-murid sekolah dan uitm. Yang paling hampir tu adalah pasukan gendang. 



pengarah persembahan ni adalah Rosli Selasih,sebelah pentas bulat tu,baju merah.

kedudukan saya dan pelatih kem di sebelah kiri gambar.dan di depan, paling kanan adalah tempat saya.tapi, dalam gambar ni, saya tak beraksi sebab kaki kejang.


saya dan kawan-kawan. ramai-ramai ni 2 orang je yang 'melompat' atas padang, saya dan yang disebelah kanan saya.




saya yang ambil gambar ni,cuba tengok di sebelah kanan gajah, ada 2 orang je pelatih. sepatutnya 4 orang termasuk saya, dan seorang lagi pelatih mc. kat sini kami berempat akan angkat seorang pelatih. masa ambil gambar ni,tersentuh hati tengok budak berdua tu sebab kaki saya kejang.


gambar ni petang 7.7.2012.tulah costume kami.t-shirt biru


tengok muka saya,gelap sakan sebab lama berjemur.saya ni jenis yang tak suka nak tutup-tutup.orang lain kepala,muka tutup semua.saya selamba je. pakai topi, berlari, topi jatuh.sudahnya golaplah.

sebenarnya dah 3 hari saya usahakan untuk post ni dan nak masukkan video pembukaan SUKMA,tapi tak dapat.kalau dapat nanti saya masukkan semula.

setelah berusaha inilah video SUKMA XV 12










Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...