Cari Blog Ini

Sabtu, Januari 27, 2024

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum.

Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul....

Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni balang biskut raya bunga tulip. Tak lama dah nak raya.

SELAMAT MAJU JAYA

Khamis, April 01, 2021

Motif Bunga Songket.

 Assalamualaikum.




Corak viral. Selalu sangat lalu di facebook, jadi saya pun cubalah kait. Dah berjaya, saya buatkan video. Videonya untuk botol tapak 2 "× 2" dengan isian air 500ml. Seronok dapat belajar dan hasilkan benda baru.

Saya kongsikan playlistnya di sini. Dari formula ke cara kait dan ada versi kidal juga.

playlist motif bunga songket

Selamat mencuba😀

Rabu, Februari 24, 2021

Seronok Dengan Benang Baru


Assalamualaikum.

Shining nylon yarn, itulah nama benangnya. Bukan mainlah sukanya dalam hati mengait guna benang ni.

Nak tengok tutorial bergambar di 

Dan video pula sini https://youtu.be/JjmAnjxIcNc

Selamat mencuba.

Sabtu, Februari 13, 2021

'Baju' Pewangi Kereta.

Assalamualaikum.

Cantik tak? Rasa nak cuba kait?

 

Kalau ya, boleh ke sini. Selamat mencuba.

Khamis, Mei 21, 2020

Ear Saver Hasil Kait Saya

Assalamualaikum.
Tak dapat buat di telefon, bukalah laptop usang ni. Laptop 2 kali pilihanraya dah. Kena sabar, sebab lambat je. Inilah penjimat telinga yang saya ilhamkan. Dah bertuan semuanya. Pos dan ada yang sudah terima bermula semalam. Selebihnya harap sampailah hari ini dan esok.
Ada video saya buatkan, boleh ke  https://www.youtube.com/watch?v=egg0iucd9Kc&t=149s









Butang lawa-lawa tu beli lama sangat dah. Rupanya tahun 2020 ditakdirkan untuk saya guna.

Rabu, Mei 20, 2020

Pening Lagi

Format, versi baru..... tak faham sangat lagi perubahan baru di blogger. Dua hari nak buat post pun tak dapat sebab low memory  untuk gambar.
Ada tanya blogger help, dan ada pengadu yang sama masalah dengan saya, tpi komen hide pula. Cuba blogger classic pun tak boleh.
Sabar ye Cik Jah, cari ilmu satu satu.

Jumaat, April 24, 2020

Projek Bersambung Musim PKP.

Tudung Saji Daffodil.

Satu lagi projek tergendala. Musim PKP ni cari semua benda kait yang tak siap.


Nilah meja PKP kami sekeluarga. Meja ni jadi tempat makan, tempat main anak, tempat mengait, tempat ambil angin. Kalau cuacanya baik, sejuk je rasa ditiup angin, elok duduk di luar rumah sebab dalam rumah berbahang. Kalau cuaca panas, berbahang di luar ni, elok duduk dalam rumah.


Saya tengah jahit daun sekarang ni. Lepas tu, jahit bunga dan akhir sekali ropol di bahagian atas.Betul-betul akhir kemasan. Harap siaplah. Tak nak berhenti lagi.

Sabtu, April 18, 2020

Ear Saver


Ear Saver Kait.


Assalamualaikum semua.
Beberapa hari lepas saya buat video untuk kait ear saver. Alhamdulillah, selesa dipakai. Saya punya warna kuning. Yang merah beri kepada anak. Nak cuba kait bolelah singgah sini untuk melihat video mudah cara kait ear saver.

In sha Allah ada kelapangan nanti saya buatkan tutorial bertulis dan bergambar, dengan izinNya.

#kongsi2ilmu.

Selasa, Mac 31, 2020

Patuhi PKP. Stay At Home


Rare dah boleh jumpa


Assalamualaikum.

Musim PKP....Temankan anak bermain. Macam-macam boleh jadi. Ni selimut dia, nenek dia jadikan mainan anak patung. Nampak macam ayam pun ada. Belum kira saya bertukar jadi Kamen Rider Zi-O pakai kain batik. Ada saya siapkan video di channel saya Rafizah Hobiku Crochet.

Siang hari telefon dengan anak je. Waktu rakam video awal pagi. Tu jelh masa yang paling sesuai. 

Harapnya, kawan-kawan baik, sihat sentiasa. Elok jugakam mengait waktu begini. Selalu doakan untuk kesejahteraan kita semua dan negara kita.
Stay at home.

Selasa, Julai 23, 2019

Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Rasanya bertahun ikhtiarkan untuk masuk semula ke blog ni. Dengan macam-macam perubahankan? Malam ni dengan izinNya, dipermudahkan urusan saya ni. Berapa kali putus asa. Macam hilang harta, dan kena cari balik perasaan saya ni.Kali ni menaip di telefon, selalunya di laptop. Internet selalu tak dapat, bayar aja. Akhirnya, tamatkan internet di laptop.Saya taip ni pun besar tulisan ni. Dah publish nanti tak tahulah macam mana rupanya.Oklah pendekkan cerita, bolehlah saya leka di sini pula. Lagipun bukan penjawat awam dah, tukar ke bekerja sendiri dari rumah.Gituuuu.

Jumaat, Oktober 07, 2016

Assalamualaikum.

Lama saya menyepi di blog ni. Sesekali,sekejap saja buka. Ada je benda yang dikait, cuma tak macam dulu. Komitmen bertambah katakan. Saya baru semak lebih daripada 4000 email. Ada yang hantar email bertanya, maaf banyak-banyak. Baru baca email kalian. Sekiranya ada pertanyaan bolehlah hubungi saya,sms,whatsapp saya di nombor 0139172371.

Janganlah hobi,minat saya ni berakhir di sini. Biarlah ia mekar berseri. Amin. 


Selasa, Mei 31, 2016

Shawl Bunga Manik 3d

Assalamualaikum.
cubaan pertama saya.berminat blh pm/whatsapp saya di 013-9172371.Boleh ke facebook saya,Rafizah bt.Daud untuk maklumat selebihnya.

Sabtu, Julai 05, 2014

Sepit rambut/selendang

Assalamualaikum.



sesiapa berminat, ketahui lebih lanjut di sini. klik album,muat turun mudah alih, dan bolehlah tengok gambar. siapa cepat, dia dapat sementara stok masih ada. atau boleh whatsapp saya di nombor 0139172371.

Isnin, April 07, 2014

Beli Di Johor







kalau hati sudah suka, itulah secara mudahnya.berbunga-bunga rafflesia hati ni bila dapat beli barang-barang dalam gambar tu. ulang alik ke kedai untuk tengok apa yang ada terutamanya benang-benang. ulang alik pun bukannya tiap-tiap kali masuk beli barang tapi tak tahu nak beli apa. selebihnya di sini

Selasa, Mac 04, 2014

Mu Ado?




 ha, tu dio.rasanya dah 2 bulan saya jahit pantiliner kain ni. dan dah pakai pun. ok aje.yang penting jimat duit dan mesra alam. nyambil-nyambil kat blog, padahal sibuk cari maklumat untuk budak-budak, fasal Peristiwa Kalabakan. selebihnya fasal gambar ni akan saya panjangkan di page nanti. sibuk nih,tak boleh lama-lama di blog.

Ahad, Disember 15, 2013

Kerja Musim Cuti

Assalamualaikum, selamat petang
Cuti bermula sejak pertengahan bulan 11 lepas. Banyak benda yang saya buat, antaranya





tengok sini untuk maklumat selebihnya


yang ni pula sini tengoknya


dan yang ni, di sini



Jumaat, November 08, 2013

Mari Mengait Bekas Air.

Assalamualaikum. 
banyak-banyak sabar jelah nak terbitkan tutorial ni.rasanya mula buat dari 4/11/2013.tak sempat buat di rumah,bawa ke bengkel di Crystal Crown JB. lepas tu halangan wifilah pula. Sambungan terputus-putus semasa saya menyiapkannya. 

Bersama-sama dengan tutorial ni, ada saya selitkan cara tukar benang semasa mengait. harap ianya membantu anda semua.

Jadi, apa lagi, jangan tunggu-tunggu, mari pakat tengok sinih














Khamis, Oktober 24, 2013

Baru Je Siap

assalamualaikum.

baru dapat anak saudara, tengok pun belum.lama juga fikir nak bagi apa untuk dia. dan dapatlah ilham...........


lagi?? tekan sini

Playlist Sarung Balang Tulip

 Assalamualaikum. Test, test,test. Ada orang tak ni? Saya baru muncul.... Baiklahlah, tak nak cerita panjang, nak kongsi benda ni  balang bi...